Pagi ini kami bersiap turun dari hotel jam 7.15 pagi. Destinasi pertama yang kami akan pergi ialah Maeda Forest Park. Lokasinya agak jauh kerana perlu menaiki JR Line dan bas. Kemudian perlu berjalan kaki beberap minit sebelum sampai ke kawasan taman.
Bagaimana Ke Maeda Forest Park ?
Dari Susukino, kami ambil subway ke stesen Sapporo. Dari Sapporo kami beli tiket JR Line ke Stesen Teine. Tiada subway untuk ke stesen Teine. Perjalanan dari stesen Sapporo ke Stesen Teine ambil masa lebih kurang 35 minit. Dari terminal bas stesen Teine, kami ambil bas nombor 48 dan berhenti di perhentian bas Maeda chuo dori Nishi.
Dalam bas tak perlu risau sebab ada skrin yang akan paparkan destinasi perhentian seterusnya termasuk tambang yang perlu dibayar. Bas akan melalui kampus Teknologi & Sains Universiti Hokkaido. Perjalanan bas mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja. Selepas turun di perhentian Maeda chuo dori Nishi, kami agak keliru arah mana perlu diambil untuk ke Maeda Forest Park. Nasib kami baik kerana bertemu dengan seorang pakcik Jepun yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Dia yang tunjukkan kami arah untuk ke pintu masuk Maeda Forest Park.
|
Sepanjang kami naik subway, majoriti penumpangnya adalah lelaki. Adakah nisbah lelaki lelaki lebih ramai daripada wanita di Jepun? |
|
Tukar naik JR Line pula |
|
Masa ini ramai penumpang sibuk ke tempat kerja masing-masing |
|
Nampak tempat duduk oren ni? Jangan sesekali duduk kalau awak bukan OKU, warga emas dan perempuan mengandung. Walaupun tren dipenuhi penumpang, jangan sesekali duduk. |
|
Sampai di Stesen Teine |
|
Landasan keretapi dipenuhi salji |
|
Keluar dari pintu tengok papan tanda arah ke stesen bas dan Maeda Forest Mark |
|
Sepanjang kat Jepun, dia ni paling kuat makan. Tak sah kalau tak masuk kedai serbaneka dan kedai roti. |
|
Dia je beli. Aku tak beli apa-apa pun |
|
Turun eskalator, keluar pintu terus nampak shopping mall dan stesen bas |
|
Bergambar dulu depan shopping mall Seiyu. Cantik jugak pemandangan |
|
Dah pernah masuk dalam Seiyu. Dia macam shopping mall satu tingkat. |
|
Pemandangan JR Teine Station dari stesen bas |
|
Tengok jadual bas nombor 48 |
|
Tunggu bas dalam kesejukan |
|
Sampai di perhentian bas Maeda chuo dori Nishi |
|
Bertanya arah kepada orang tempatan. Kebetulan pak cik ni kata dia tengah senaman jalan kaki keliling kawasan kediaman dia |
|
Lintas jalan |
|
Salah satu jambatan sungai bersih dan cantik yang kita kena lalui sebelum sampai di Maeda Forest Park |
Ada Apa Di Maeda Forest Park ?
Setelah
20 minit jalan kaki, akhirnya kami tiba di Maeda Forest Park. Ada
beberapa pengunjung masuk dengan menaiki kenderaan masing-masing.
Kebanyakan yang datang bertujuan untuk melakukan aktiviti ski. Ramai
daripada mereka ialah warga tua Jepun. Tak sangka warga tua Jepun ini
begitu bersemangat melakukan aktiviti ski walaupun dalam keadaan suhu
yang sejuk. Mereka ini agaknya memang sukar duduk diam di rumah. Kami
jumpa ramai warga tua Jepun yang kuat dan bersemangat melakukan aktiviti
bersenam.
Di
Maeda Forest Park, kita boleh sewa peralatan ski termasuk kasut dan
pakaian yang sesuai untuk aktiviti ski. Kawasan ski Maeda Forest Park
ini lebih kepada kawasan landai dan sangat luas untuk diterokai. Susah
untuk kelilingi kawasan taman ini tanpa mengenakan peralatan ski.
Jadi
kami cuma bermain sekitar kawasan pondok sewa peralatan ski. Ada bilik
khas tertutup untuk kita memanaskan badan dan berehat sambil minum air
yang boleh dibeli di vending machine.
Tak banyak sebenarnya yang
kami berjaya terokai di Maeda Forest Park dengan hanya berjalan kaki.
Kawasan taman ini sangat luas dan lebih selesa dilalui dengan kasut dan
peralatan ski kerana perlu mengharungi salji.
|
Sampai pintu masuk Maeda Forest Park |
|
Bergambar dalam deretan pokok |
|
Matahari ni buat kami selesa. Kat Malaysia pancaran matahari paling tak suka sebab panas. Haha |
|
Jalan sampai ke kawasan ski |
|
Luas tempat ni. Belah-belah sana tak boleh nak pergi sebab kena tak pakai papan ski |
|
Nak belajar main ski di kawasan landai dan lapang sesuai la kat sini |
|
Kedai untuk sewa peralatan ski |
|
Kebanyakan yang tengah bersenam main ski ialah warga tua lelaki dan perempuan. Tak jumpa orang muda |
|
Luas sangat |
|
Sebelah kiri pintu kedai itu ialah tempat untuk rehat dan panaskan badan. Ada vending machine dalam tu boleh rehat sambil minum |
|
Nak jugak! |
|
Masa ni aku nak lompat sebenarnya. tapi tak boleh lompat sebab kaki tenggelam dalam salji |
Balik Dari Maeda Forest Park
Pukul 11.00 pagi, kami mula keluar dari kawasan Maeda Forest Park dan patah balik dengan berjalan kaki untuk mengambil bas di hentian yang sama. Masa ini kami terpaksa tunggu bas dalam keadaan sejuk hampir 45 minit sebelum bas sampai. Inilah pertama kali kami terpaksa tunggu bas dalam keadaan suhu yang begitu sejuk untuk tempoh masa yang agak panjang. Terasa kebas juga tangan dan kaki.
Kami ikuti laluan yang sama untuk sampai ke Susukino. Kami tak rancang untuk sambung perjalanan ke tempat lain memandangkan terlalu penat dan perlu memanaskan badan seketika dalam bilik hotel.
Keluar Semula Pada Sebelah Malam
Kami keluar agak lewat pada sebelah malam iaitu kira-kira jam 10 malam untuk beli makanan di kedai serbaneka, Masa inilah salji tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kami dapat lihat sekali lagi keindahan salji yang turun di Susukino. Terlalu indah nak digambarkan dengan kata-kata dapat melihat salji turun pada waktu malam.
Kami beli beberapa jenis makanan dan minuman seperti aiskrim Haagen Dazs, mee segera vegetarian dan kek. Kembar aku lebih gemar beli roti dan beberapa jenis makanan dan minuman lain pilihannya. Kebanyakan harga setiap makanan yang kami beli tidak lebih daripada 300 yen. Kami makan di bilik hotel sambil layan rancangan drama televisyen Jepun.
|
Malam di Susukino |
|
Depan Lawson |
|
Muka lepas beli makanan da tak sabar nak makan.Haha |
|
Snowfall lebat. Cantik sangat-sangat. Subhanallah! |
|
Aiskrim Haagen Dasz Crispy Sandwich |
|
Masa beli baju ni kat H & M, kembar aku cakap macam baju beruang. Selesa pakai baju ni. Tahan sejuk. Aku tengok ramai yang pakai material ni untuk tahan sejuk. |
|
Dia sendiri yang pilih angle ni. Haha.. |
|
Cari kat Malaysia tak jumpa. Makan aiskrim dalam cuaca sejuk aiskrim tak cair tau. Boleh makan lambat-lambat |
|
Ini antara makanan yang dibeli. Mee udon vegetarian, kek (tak ada gelatin), air buah yang rasanya macam vitagen dan aiskrim! |
Episod Penuh Kembara Sapporo Selama Seminggu
Baiklah, untuk
episod penuh dari hari pertama sehingga hari ketujuh musafir kami di
bumi Sapporo, boleh klik untuk baca mengikut episod. Maaf, penulisan
agak panjang sebab aku selesa cerita mengikut perjalanan hari.
-
-
-
-
-
-
-
-