6 Oktober 2018
Memandangkan The Train Hotel ini betul-betul terletak di stesen keretapi Hat Yai Junction, aku tak terkejar-kejar untuk bersiap awal. Lepas subuh aku masih releks kemas baju dalam beg. Pukul 6.40 gitu baru aku turun untuk ke kaunter dan check out hotel.
Pukul 7.00 keretapi dari Hat Yai Junction akan bergerak ke Padang Besar. Train pukul 7.00 ini adalah yang paling awal. Kalau tak silap aku, ada dua trip dari Hat Yai Junction ke Padang Besar setiap hari iaitu pukul 7.00 pagi dan 1.00 petang.
Hat Yai Junction ini bagi aku salah satu keunikan yang mesti cuba bila korang melancong ke Hat Yai. Salah satu pengalaman menarik bila dapat naik keretapi lama jenis yang boleh buka tingkap sepenuhnya. Perasaannya tak sama dengan naik keretapi berhawa dingin dengan cermin kaca.
Memandangkan aku balik hari Ahad, tempat duduk banyak yang kosong. Aku pasti kalau balik trip pukul 1.00 mesti ramai lagi penumpang. Aku dapat tempat duduk sorang-sorang lagi. Tak ada orang kat depan aku kecuali sebelah kanan dan di belakang ada beberapa penumpang lain. Memang banyak tempat duduk yang kosong.
 |
Kaunter tiket keretapi Hat Yai Junction |
 |
Train ke Padang Besar. Signboard ini yang famous orang bergambar tu. Belakang tu ialah budak-budak Malaysia.Aku syak dari Penang. |
 |
Keadaan sebenar dalam keretapi. Stail lama-lama. Memang best dapat naik train old school macam ni. |
 |
Tiket keretapi tertulis nombor tempat duduk. Jadi kena cari nombor tempat duduk dulu. Bukan free seating ok. |
 |
Kerusi kosong memang aku sorang je duduk situ. Syok! |
 |
Bye bye..train nak jalan dah. |
 |
Selfie sebelum train gerak. Open window belakang tu yang best sangat. |
 |
Tunggu nak angkat bendera je pegawai beruniform ni. |
 |
Breakfast pulut mangga yang beli semalam. Nasib baik ada peti sejuk dalam bilik hotel. Senang boleh simpan makan untuk breakfast. Nikmatnya rasa makan pulut mangga atas keratapi old school camni |
 |
It's moving! |
 |
Masa sampai kat imigresen Padang Besar. Yang ramai-ramai beratur ni ialah penumpang yang nak ambil trai ke Hat Yai Junction. Kiranya diorang ni baru nak pergi bercutilah. Aku bertuah sebab bercuti hari minggu balik hujung minggu. So, tak sesak sangat beratur kat imigresen. |
 |
Nak cop pasport keluar dari sempadan Thailand |
Walaupun aku sampai awal kat Padang Besar, aku terpaksa tunggu sampai pukul 2.00 petang untuk naik tren ETS ke KL Sentral. Lama betul terpaksa tunggu. Aku boleh solat Zohor dan Asar jamak dan makan tengah hari kat kafe di stesen keretapi Padang Besar.
Pukul 2.00 petang train ETS bertolak ke KL Sentral. Aku sampai dalam pukul 8.00 malam. Alhamdulillah..selesai sudah percutian solo Krabi dan Hatyai tahun 2019 ini.
Ok,
itu saja untuk episod kali ini tentang Kembara Solo Krabi & Hadyai.
Untuk episod penuh korang boleh klik baca link di bawah :
Similiar tagskembara krabikembara solokembara Thailandpercutian hadyaipercutian krabitravel solo