Sempena nak ke Sapporo ni, aku ada beli phone baru. Phone aku beli sebab aku ingat nak rakam gambar dan video yang cantik-cantik masa di Sapporo nanti. Sebenarnya boleh je aku rakam gambar dan video pakai telefon lama Samsung J2 Prime yang sedia ada. Tapi disebabkan kualiti gambar dan videonya yang tak bergitu memuaskan, maka aku bertekad untuk beli yang baru. 

Lama sebenarnya aku buat keputusan nak beli phone baru ni. Samsung tu sebenarnya masih boleh pakai lagi. Tapi sebab nak travel ke Sapporo ni, aku rasa macam rugi pula kalau balik ke Malaysia nanti aku menyesal sebab gambar tak memuaskan. Lagipun aku ni jarang travel. Jadi aku fikir tak salah kalau ada satu phone yang dengannya aku boleh rakam gambar dan video yang cantik-cantik.

Survey Sebelum Beli

Sebelum beli aku survey beberapa jenama. Dua jenama utama yang aku survey ialah Huawei & Honor. Aku cuma nak pilih phone yang harganya tak lebih daripada RM1500.

Kalau ikutkan hati memang nak ambil yang mahal. Tapi bagi aku cukuplah sekadar nak gantikan kamera Samsung J2 Prime aku tu.

Mulanya aku berkenan untuk beli Honor 8. Aku memang dah target nak beli. Huawei pun sama juga. Tapi Huawei ni bagi aku kalau nak puas hati memang kena beli yang mahal. Paling tak pun yang paling famous keluar tahun 2018 iaitu Huawei P20 & Huawei P20 Pro. Tapi macam aku kata, Bajet tak nak lebih daripada RM1500.

Kebetulan telefon Pocophone A1 by Xiaomi hangat diperkatakan tentang prestasinya yang terbaik dan merupakan salah satu telefon terbaik untuk range harga RM1500 ke bawah. Dengan kapasiti storage yang besar, RAM sehingga 6Gb dan prosesor pantas Snapdragon 845, betul-betul buat aku rasa tertarik. Berbaloi dengan harga. Memang aku hampir-hampir dah nak beli Pocophone F1 ni.

Tapi bila aku test video 4K dia, ada satu kelemahan. Rakaman video menunjukkan ada belang-belang bila dalam keadaan cahaya malap. Which is memang anoyying bila bawah lampu pada waktu malam. Walaupun guna mode auto, video tetap sama dalam keadaan malap. Gambar pun semua ok. Cuma masalah video bila cahaya malap.

So, aku terpaksa batalkan niat beli Pocophone dan beralih ke Xiaomi Mi A2.

Kalau korang rasa susah nak jumpa kedai Xiaomi official kat tempat korang, boleh je beli kat Xiaomi Official LazMall kat Lazada. Lagi selamat takut nanti beli dengan merchant lain dapat yang tak ori. Macam aku punya memang ori sebab dah check dia punya siri number kat website Xiaomi. Aku beli kat kedai official Xiaomi sendiri.

http://invol.co/cldwlz

Xiaomi Mi A2 6Gb RAM 128 Gb Storage. Klik gambar untuk tengok kat official punya Xiaomi LazMall kat Lazada

Xiaomi Mi A2 4Gb RAM, 64 Gb Storage. Klik gambar tengok kat Lazada Xiaomi punya official LazMall

Apa Yang Membuatkan Aku Beli Xiaomi Mi A2 ?

Sudah tentu kemampuan kamera dan video. Sebenarnya phone ni better untuk gaming performance. Tapi hati aku tertarik pulak dengan rakaman video 4K yang ditawarkan pada harga murah sebegini. Masa aku buat perbandingan video antara Pocophone F1 dan Xiaomi Mi A2, rakaman video menerusi Xiaomi Mi A2 jauh lebih memberangsangkan. Dari segi gambar sebenarnya aku lebih berpuas hati dengan Pocophone F1 sebab nampak lebih sinematik walaupun dalam mode auto Photo. Akan tetapi disebabkan kelemahan pada video, aku terpaksa batalkan niat dan memilih Xiaomi Mi A2. Gambarnya juga memuaskan hati aku.

Xiaomi Mi A2 menggunkan processor Qualcomm Snapdragon 660 AIE dan RAM 6.0 Gb dengan storage 128 Gb. Harganya pun bagi aku berbaloi which is only RM1099. Kalau nak murah sikit korang boleh ambil yang RAM 4.0 Gb dengan storage 32/64 Gb. Tapi bagi aku alang-alang bajet dah ada, jadi aku ambil saja yang RM1099. Cuma kapasiti bateri bagi aku agak rendah cuma 3010mAh. Tapi ada kelebihan sebab pengecasan full bateri ambil masa tidak lebih daripada 1 jam setengah. Memang pantas kalau kau jenis nak cepat je memanjang. Itu kalau kau pakai suis. Kalau caj USB kat laptop atau power bank memang ambil masa lama nak full.

Kelebihan Rakaman Video Xiaomi Mi A2
  1. Rakaman dalam format 4K, 30 fps (agak smooth)
  2. Lain-lain format video ialah FHD 1080p, 30 dan 60 fps dan HD 720p, 30 fps
  3. Dilengkapi video stabilization untuk kurang gegaran
  4. Boleh tukar ke mode Time Lapse dan Slow Motion. Tak perlu lagi pengeditan video.
  5. Ada fungsi rakaman short video 20 saat.  
  6. Boleh set filter untuk short video
Kelebihan Hasil Tangkapan Gambar Xiaomi Mi A2
  1.  Sistem AI Dual kamera, 20MP (kamera depan) + 12MP lens dan light sensor f/1.75
  2. Boleh ambil gambar mode potrait, beauty, square, panorama dan manual. 
  3. Ada setting HDR untuk paparan dinamik range yang lebih cantik dalam exposure yang berlainan dan lebih detail.
  4. Boleh set beberapa pilihan filter untuk pelbagai mode. 
  5. Boleh guna manual mode bagi yang mahir kamera setting.
  6. Boleh setting untuk watermark jenama phone dan tarikh pada gambar

 Ok Ke Ambil Gambar Siang Dan Malam ?

Kualiti gambar apabila diambil waktu siang agak memberangsangkan dan sangat memuaskan hati aku. Terutama di bawah cahaya lampu dan cahaya matahari yang terang benderang. Cuma bila background putih tu, kontras dan warna gambar agak lari sedikit.

Kalau waktu malam, elakkan daripada guna mode manual, kerana walaupun setting boleh ditukar ke low light dan regular lens, paparan gambar tak begitu memuaskan. Kalau nak guna juga, cuba gunakan ISO rendah supaya tak nampak terlalu noisy pada gambar. Tapi kalau guna mode square dan auto mode, it is much much better. Even kau bukak kat laptop pun still nampak cantik. 

Mode panorama juga agak memuaskan walaupun gambar pada waktu malam. Cuma mode selfie pada waktu malam sangat tidak memuaskan. Tapi bila bawah cahaya terang dan matahari, muka memang nampak flowless. Cantik gitewww!

Video Macam Mana?


Berbanding gambar, aku ni jenis suka ambil video. Aku paling berpuas hati dengan setting kualiti 4K. Bayangkan pada harga bawah RM1,100 kau boleh dapat video kualiti 4K. 

Rakaman video pada waktu malam agak kurang memuaskan apabila dibuka kat laptop. Terutama bila video diambil dalam keadaan kurang lampu di sekeliling. Sukar nak ambil video dalam tetapan slow motion pada waktu malam di mana kamera akan sering out of focus. Tapi kalau siang hari tiada masalah untuk ambil slow motion sebab lens boleh tangkap cahaya.

Tapi, overall..kualiti video apabila diambil pada waktu siang dan bawah cahaya lampu terang sangat memuaskan. Gegaran juga tidak terlalu ketara sebab ada mode stabilizer. 

Kualiti Bunyi Macam Mana ?

Untuk audio sound bila kau dengar lagu atau video ok. Cuma bila kau rakam video, sound kedengaran agak berdesing seolah0olah dia tangkap sound-sound yang tak penting. Macam tak ada penapisan rakaman suara. Aku dah try testing pakai mini microphone untuk rakaman video selfie. Ok sikit sebab microphone dapat bantu tapis bunyi-bunyi yang tak penting. So agak kurang berdesing.

Kelemahan Xiaomi Mi A2

Lubang Mikrophone Di bahagian Bawah
Satu kelemahan Xiaomi Mi A2 yang paling membuatkan aku kecewa ialah lubang microphone terletak di bahagian bawah, sebelah kanan. Bila kau pegang telefon secara melintang, tapak tangan kau tu akan automatik tertutup lubang mikrophone. Agak masalah bila kau nak rakam video dan record video masa main game sebab lubang mikrophone tu akan tertutup. Jadi suara yang kau rakam tu terganggu. Jadi, pada aku better kalau kau guna external mini mikrophone 3.5 mm jack. Boleh sangkut klip mikrophone tu kat tudung kau. 

Tapi walaupun kau pakai external microphone, ianya bagus untuk rakaman bunyi dari luar je. Kalau bunyi dari dalam phone contoh bila kau tengok video dan rakam video game, audio game tu bukan boleh tangkap pun. Jadi nak tak nak kena juga guna built in microphone yang seringkali akan terganggu dengan tapak tangan bila dipegang secara melintang.

Tak Ada Headphone Jack
Yang ni jugak mengecewakan aku. Dan ini kesilapan aku sebab tak check untuk sambungan headphone atau hearphone. USB Type-C ni disediakan untuk fungsi charging dan connect ke peranti lain seperti laptop. 

Amat sukar untuk aku yang guna earphone 3.5mm jack. Tapi nasib baik!!!! Nasib la Xiaomi Mi A2 ni datangkan bersama dengan adapter untuk connect ke earphone / microphone 3.5mm jack. Cuma bagi aku agak annoying la sebab pergi mana-mana je nak kena bawa wayar adapter ni. Pekehal nye? Silap-silap boleh hilang dah la adapter saiz kecil je. So aku simpan siap2 dalam beg duit. Mana-mana pergi senang tak tertinggal. Betul tak?

Tak Support MicroSD 
Disebabkan storage yang besar (kata promoter lelaki tersebut), maka tak ada sokongan untuk tambahan kad memori MicroSD. Nasib baiklah aku ada laptop. Jadi, tak ada masalah sangat. Boleh je transfer gambar untuk save ke laptop. Cuma masalah jugak ni. Takkan setiap kali keluar travel atau jalan berhari-hari yang memerlukan gambar dan video yang banyak, aku nak kena bawak laptop? Kalau memori dalaman tu penuh macam mana?


Iklan Dalam File Manager
Kau jangan terkejut kalau tiba-tiba tengah belek file manager atau lepas cleaning junk file tiba-tiba muncul iklan. Aku dah check masalah ini bukan sebab virus atau malware. Rupanya memang pihak Xiaomi dah push ads dalam phone diorang. Benda ni katanya boleh setting untuk disable. Tapi aku tak disable pun sebab bukan kerap sangat dia muncul. Kalau muncul pun kau boleh klik butang pangkah. Hahah..lawak giler. 

Sim Eject
Fungsi eject tools dia tak macam telefon lain. Kau kena guna eject tool dia yang macam dawai saiz jarum peniti. Tools ni dia bekalkan sekali masa beli. Nak keluarkan sim kad dari port dia kena cucuk lubang kat tepi guna tools dawai tu. Kalau dawai tu hilang camane? Nampak gaya memang nak kena guna jarum peniti la kan.

Kesimpulannya..


Walaupun Xiaomi Mi A2 ni pada aku banyak kelemahan terutama dari segi design, tapi dengan harga RM1099, storage yang besar, processor yang besar sesuai untuk main game. Yang penting phone tak hanged. Nak install dan bukak apa-apa apps pun laju jer kan.

Itu ajelah ulasan tak seberapa aku tentang Xiaomi Mi A2...Sekian

Kat bawah ni aku letak beberapa gambar dan contoh video dari phone Xiaomi Mi A2



Mode normal

Mode normal

Mode normal

Tetapan filter

Mode normal

Mode normal

Mode normal

Mood Square

Tetapan Manual agak fail ISO 3200 jadi gambar agak noisy

Disclaimer : Muka asal tak licin macam ni ek.Haha..Bgaitau siap-siap

Kenyang makan nasi dan lauk hasil air tangan sendiri





By