5 OKTOBER 2018

Bila melancong atau travel, perkara yang paling membuatkan kita bersemangat ialah bangun pagi. Walau malas dan mengantuk macam mana pun, kita tetap akan bangun dan wajib bangun untuk keluar jalan-jalan.

Catatan ini sambungan daripada cerita Hari Ketiga : Berkejar Ke Hadyai. Misi Makan-Makan 

 Pukul 6.30 pagi aku dah bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan. Hari ini aku boleh explore Hat Yai full day dari pagi sampai malam. Perancangan awal masa mula-mula bangun pagi ini memang ingat nak jalan full day. Tapi..haaaa..kau bacalah sampai habis tengok aku mampu tak jalan-jalan full day untuk hari ke-4 di Hat Yai ni.

Pukul 6.30 pagi di Hat Yai dari hotel bilik The Train Hotel Hat Yai

Sarapan Pagi Di Restoran Masakan Kelantan

Pagi ni memang aku plan nak sarapan pagi dekat satu restoran masakan Kelantan ni. Lupa nama restoran tapi kedudukan dia terletak sama jalan menghala ke Restoran Kai Tod Decha. Dalam 15 minit jalan kaki dari The Train Hotel Hat Yai.

Masa sampai pukul 7.00 pagi tu aku tengok dah ramai orang tengah makan. Majoriti dengan penuh yakin aku boleh katakan semua dari Malaysia. 

Aku makan nasi kerabu lauk ayam goreng dan air milo ais. Restoran hampir penuh dengan pelanggan. Aku pulak duduk makan sorang-sorang tanpa pedulikan perasaan orang lain. Haha..

Ada masakan kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk. Nasi lemak pun ada
Makan nasi kerabu lauk ayam goreng. Air milo ais
Dari depan restoran Kelantan.

Ambil Tutk Tuk Ke Cable Car Hat Yai


Dekat sejam aku survey tuk tuk yang murah untuk bawa aku ke Hat Yai Cable Car. Semua rate antara 400 - 500 Baht. Bagi aku yang terpaksa bayar seorang ni terasa agak mahal jugak. Padahal kalau ikut jarak perjalanan 30 km dari Lee Garden Plaza, kira murah sebenarnya. Aku ada cuba tegur orang Malaysia ajak ke Cable Car Hat Yai sama-sama untuk share tambang Tapi, diorang macam tak nak percayakan aku je. Layan aku acuh tak acuh je..lastly aku naik jugak walaupun terpaksa bayar sorang. Tambang 400 Baht pergi dan balik. 

Masa dalam tuk tuk on da way ke Cable Car Hat Yai
Pukul 8.40 aku sampai Cable Car Hat Yai. Tempat tu bukak pukul 9.00 pagi. Masa sampai tu staf dia tengah standby bukak kafe, kaunter tiket dan pintu masuk cable car. Sebelum buka, aku jalan-jalan dulu dekat bahagian bukit pemerhati. Memandangkan kawasan cable car ni kedudukan atas bukit, jadi aku boleh tengok pemandangan Hat Yai dari atas bukit ni. Dari sini aku boleh nampak Masjid Hat Yai. Besar masjidnya. Dari jauh pun boleh nampak kubah dan bangunan empat segi masjid.

Kawasan bukit pemerhati ni ada sebuah patung buddha tinggi warna emas. Ada tangga jugak untuk turun ke sebuah lagi tempat penyembahan patung buddha. Tapi aku tak terasa nak turun pulak ikut tangga sebab aku tahu last sekali aku akan menapak dekat kawasan penyembahan buddha jugak. 

Pintu masuk Cable Car Hat Yai

Cafe tapi baru nak bukak

Kaunter beli tiket

Jalan-jalan sini dulu. Tak jauh dari pintu masuk cable car

Boleh turun tangga ke bawah. Bawah tu ada tempat penyembahan buddha

Dari depan tangga

Sebelah cable car ada satu lagi patung buddha warna kuning emas.

Tak tahu macam mana nak selfie. Failed!

Ada orang lain juga yang tengah duduk lepak. Orang tempatan yang tengah ambil angin. Ada orang jogging dan naik basikal naik ke atas bukit ni.

Keterangan dalam bahasa Thailand.

Ok..ni ialah hujung kawasan kafe.

Dah beli tiket cable car. Sedia untuk naik.



 Hanya aku dan seorang lelaki Thailand yang mula-mula naik cable car untuk pagi Jumaat ni. Harga tiket ialah 200 Baht dan menurut banner yang tertulis, harga itu ialah harga promosi yang tengah berjalan. Kalau harga sebenar aku tak tanya. Lupa pulak nak tanya.

Berapa masa perjalanan cable car ini untuk one way? Lima minit untuk harga tiket 200 Baht (promosi). Aku rasa 5 minit tu kira lama jugak tempoh masa dia. Perjalanan cable car ini dia bukan mencanak naik macam kat Genting Highland atau Langkawi. Laluan dia mendatar sahaja. Dari atas boleh tengok pemandangan 360 darjah pemandangan Hat Yai. Cuma aku rasa tak lengkap pemandangan tanpa tengok laut macam yang ada di Langkawi (belum pernah naik cuma tengok dalam gambar).

Kedai cenderamata

Kat sini pun ada kuil penyembahan buddha. Yosh!

Ok..standby nak naik cable car dan patah balik. There was nothing much to see.

Tengah rakam video panjang masa perjalanan cable car.

Nampak hutan je dari sebelah kiri aku.
Ada sikit rasa gayat masa patah balik naik cable car sorang diri. Walaupun tak tinggi sangat, tapi terasa jugak gayatnya bila seolah-olah tergantung di awangan.

Keluar je dari cable car, aku terus dapatkan pergi semula ke mak cik dan pakcik pemandu tuk tuk yang tengah tunggu aku. Dia sanggup tunggu tu sebab aku bagi dia half duit tambang iaitu 200 Baht. Lagi 200 Baht aku bagi lepas patas balik ke Lee Garden Plaza. 

Rombongan lain yang baru sampai ke cable car hat yai

Bersedia untuk patah balik ke Lee Garden Plaza
Dalam pukul 10.00 pagi aku dah ada balik semula ke Lee Garden Plaza. Aku plan nak jalan-jalan tengok kedai cenderamata dan balik hotel sekejap untuk solat jamak ta'dim zohor dan asar. Pukul 3.00 petang aku mesti sampai di Khloang Hae Floating Market. Tempat makan paling famous kat Hat Yai.

Masuk kedai serbaneka aku beli air susu pisang ni untuk hilangkan dahaga. Ada cop halal sebab tu aku berani beli. Sedap wajib beli kalau sampai sana

Peta Hat Yai ada

Kedudukan The Train Hotel tempat aku bermalam.

Jalan-jalan sekejap kat Stesen Keretapi Hat Yai

Masuk sekejap Hat Yai Junction. Sini kau boleh masuk walaupun tak ada tiket. Waktu ni keadaan stesen lengang sebab train pagi banyak yang dah berlepas

Pukul 11.00 pagi aku balik hotel sekejap untuk rehat dan caj henfon. Memandangkan aku tak bawak power bank dan bateri phone pulak cepat habis sebab banyak ambik video, aku memang kena masuk bilik dulu untuk caj henfon. Bagi full untuk rakam gambar dan video banyak-banyak kat Khloang Kae Floating Market. 

Gerak Ke Khloang Kae Floating Market


Pukul 12.30 lepas selesai solat jamak qasar zohor dan asar aku terus keluar hotel. Kemudian aku jalan kaki hampir 1 jam 30 minit sampailah ke Kim Yong Market. Mulanya memang aku niat nak jalan kaki dari hotel ke Khloang Kae Floating Market sebab dari semakan google maps seolah-olah tak jauh mana dari Kim Yong Market. 

Tapi last sekali aku terpaksa batalkan niat dan ambil tuk tuk yang boleh bawak aku terus ke Khloang Kae Floating Market. Dari Kim Yong Market nak ke pasar terapung lebih kurang 15 minit jauhnya perjalanan. Dan aku yakin driver tu tak scam aku sebab aku tengok ramai pemandu tuk tuk yang bawak penumpang menuju ke arah yang sama. Masa tu aku naik sorang diri dengan bayaran 200 baht. 

Pukul 2.15 petang aku sampai di kawasan pintu masuk pasar terapung. Dari pintu masuk, cuma kena jalan sikit je untuk betul-betul turun ke kawasan sungai tempat sampan-sampan makanan tu didirikan.

Khloang Kae Floating Market buka sepenuhnya start pukul 3.00. Memandangkan sampai awal, terpaksalah aku jalan-jalan sambil tinjau-tinjau apa yang ada. Ramai juga pelancong lain yang sampai awal. Mostly aku yakin pelancong dari Malaysia. Masa sampai aku tengok semua peniaga tengah sibuk menyediakan menu jualan atas sampan masing-masing. Pengunjung makin ramai dan macam dah tak sabar nak beli dan cuba makanan yang ada. 

Ok, aku tak habiskan banyak masa di Khloang Kae Floating Market. Pada aku tempat ini menarik dengan makanan-makanan dan kedai-kedai cenderamata yang dibuka di pondok bahagian atas. Aku highlight beberapa perkara tentang Khloang Kae Floating Market.

  • Makanan Thailand yang pelbagai. Aku cuba beberapa jenis makanan antaranya penkek kelapa (20 baht), air kelapa buluh (25 baht), mix salad (30 baht), crab goreng (20 baht).
  • Pilihan minuman tak banyak. Yang perasan cuma air kelapa dan teh thailand dan minuman biasa yang lain.
  • Hampir semua peniaga perempuan pakai tudung. Namun tak pasti sama ada mereka betul-betul Muslim. Jadi, aku elakkan daripada beli makanan berunsur daging contoh ayam, daging dan bebola daging. 
  • Ada pondok-pondok dilaluan pengunjung. Jadi korang boleh duduk dekat pondok dan makan ramai-ramai dengan pelancong-pelancong lain. 
  • Berbaloi bagi yang suka upload gambar makanan di media sosial.
  • Banyak gerai jualan cenderamata. Harga boleh tahan agak mahal sikit. 
  • Terlalu banyak anjing yang suka ikut pelancong sebab diorang terhidu bau makanan. So, beware ok!

Masa aku pergi haritu tak berapa syok sebab hujan turun lebat. Agak terganggu konsentrasi nak makan sepuas-puasnya. Apapun, yang aku makan tu pun sudah cukup mengenyangkan. Plus, aku pulak memang jenis cepat kenyang tak boleh makan banyak sangat.

Ini aku share sikit beberapa gambar di Khloang Kae Floating Market.

Mula-mula sampai. Tengok dari atas jambatan

Peniaga-peniaga sudah mula siapkan barang-barang makanan

Masa ini pelancong tak ramai lagi. Masih awal

Som Tam

Air kelapa batang buluh. Mesti beli yang ni untuk gambar kenangan

Yang ini aku tak beli sebab was-was nak makan bebola daging dia.Hihi

Ini pun aku tak beli

Som tam paling laku sebab peniaga ni muda dan cantik. Paling mudalah kat situ.

Sushi pun ada tapi aku tak beli jugak

Panas lagi time ni. Tak sangka lepas tu hujan lebat. huhu..

Penkek kelapa. Sedap jugak makan dengan gula

Air kelapa. Fresshhhh1

Hujan lebat dan lama pulak tu hujan. Terbantut rasa nak makan

Gambar dari video

Som tam. Boleh tahan la...

Baby crab..rasa bersalah pulak makan anak ketam. huhu..

Dah sejuk tak berapa nak crunchy sangat

Ini air teh ais thai..biasa je

Gerai buah tangan

Jalan-jalan tengok cenderamata apa yang menarik sebelum balik hotel


Ingat nak beli satu. Tapi fikir macam tak berbaloi sebab kat Pasar Seni KL pun ada ni.

Nak beli baju untuk buah tangan pun ada

Banyak gerai boleh usyar mana yang berkenan.

Banyak anjing kat sini

Disebabkan dah penat sangat dan badan pun dah berpeluh, aku terus balik ke hotel nak rehat-rehat je. Malam itu aku langsung tak keluar ke mana-mana sebab ingat nak rest je kat katil bilik hotel yang selesa ni. Lagipun kalau keluar akan buat benda yang sama juga iaitu jalan-jalan cari makan. Ada makanan jugak yang aku beli tapau sebab memang dah bajet nak makan malam dalam bilik hotel.

Esoknya, tibalah masa untuk balik ke KL...Kena bangun awal sebab nak ambil train dari Hatyai ke Padang Besar pukul 7.00 pagi.


Ok, itu saja untuk episod kali ini tentang Kembara Solo Krabi & Hadyai. Untuk episod penuh korang boleh klik baca link di bawah :


1. Ringkasan Percutian Solo Krabi & Hadyai

2. Hari Pertama : Masuk Hadyai Menerusi Padang Besar

3. Hari Kedua : Jalan-Jalan Di Bandar Krabi & Ao Nang Beach

4. Hari Ketiga : Berkejar Ke Hadyai & Misi Makan-Makan

5. Hari Keempat : Jalan-Jalan Hat Yai

6. Hari Kelima : Balik KL Dari Hat Yai




By