4 Oktober 2018

Salah satu sebab kenapa Hat Yai jadi tumpuan kebanyakan pelancong Malaysia ialah sebab makanan. Itulah juga salah satu sebab kenapa aku jadi berminat nak ke Hat Yai. Selama ini belum pernah lagi aku melancong luar Malaysia semata-mata nak makan.


Pukul 7.45 pagi aku check-out dari hotel Anyavee Resort. Rasa macam rugi jugak duit aku sewa hotel mahal-mahal kena check out awal. Tapi memandangkan nak kena kejar bas ke Hat Yai, aku terpaksa jugak check-out awal-awal pagi. Pukul 8.00 lebih aku dah siap-siap cari tuk tuk untuk balik semula ke Terminal Bas Krabi which is about 30 minutes away from Ao Nang Beach. 

Mesti pelik kenapa aku tak ambil saja bas dari Ao Nang Beach balik ke Hat Yai kan...

Sebenarnya semalam memang ada jugak aku cari-cari pengangkutan direct dari Ao Nang Beach ke Hat Yai. Tapi kebanyakannya semua van dan tambang sewa agak mahal. Aku cuba cari juga kalau-kalau ada bas ekspress. Aku rasa ada je sebenarnya bas ekspress terus ke Hat Yai. Tapi kebetulan semua tempat yang aku tanya cakap tak ada. Jadi aku tak ada opsyen lain selain daripada ambil bas dari Terminal Bas Krabi.

10 minit sebelum pukul 9.00 pagi, aku tiba di Terminal Bas Krabi dan terus beli tiket. Nasib aku baik sebab bas ke Hat Yai lagi 10 minit nak berlepas. Tepat-tepat pukul 9.00 pagi. Harga tiket tak sama macam yang aku beli dari Hat Yai Ke Krabi. Kali ni entah kenapa mahal sikit padahal bas yang aku naik haritu lagi selesa. Harga tiket 215 Baht. Dalam RM28.00 gitu. 

Terminal Bas Krabi. Bersih tak?

Walapun destinasi bas menghala ke Sungai Kolok, bas akan turunkan penumpang di Hat Yai nanti

Tiket bas hundred percent dalam bahasa Thai. Fuhhh..risau takut salah beli tiket.

Yang bagusnya, sepanjang duduk dalam bas, tak ada penumpang duduk sebelah aku. Memang syok sangat. Asyik duduk berseorangan je dalam bas sejak sampai Thailand ni. Haha...


Keadaan dalam bas. Selesa jugak la naik bas kali ni sebab duduk sorang. Heheh..

Lima jam perjalanan dari Krabi City ke Hadyai. Aku layan tidur-tidur ayam sahaja sambil peluk beg. Pukul 1.00 tengah hari Alhamdulillah...bas selamat sampai di terminal bas Hat Yai. Terminal bas bas sama masa aku ambil bas ke Krabi. Masa sampai tu ternampak lagi mesin ATM. Apa lagi..kaki ni laju je pergi keluarkan duit dari mesin ATM. Haha...bengong padahal duit dalam tangan dah ada. 

Cari Hotel Di Sekitar Lee Garden Plaza

Dari Terminal Bas Hat Yai aku ambil tuk tuk cakap nak ke Lee Garden Plaza. Harga tambang 50 Baht. Lee Garden Plaza ni kira macam main centre untuk pelancong ke mana-mana. Sini senang sebab ada banyak pilihan hotel kita boleh check-in. Tuk tuk pun senang dapat. Dan yang best, ada tempat makan menarik yang korang boleh jalan kaki je. Tak payah bazir duit bayar tambang nak suruh hantar restoran. Mengada-ngada je sebab dekat je kowt nak jalan ke mana-mana. Haha..

Tapi bagi aku, walaupun area Lee Garden Plaza ni banyak hotel, tapi kebanyakan hotel yang mahal-mahal. Kalau korang tengok hotel yang bangunan tinggi-tinggi tu tak yah berangan la nak masuk sebab aku dah survey semua harga. Semua harga around 1600  Baht ke atas.

Hostel backpackers pun ada dua tiga jugak aku survey. Murah-memang murah cuma aku tak minat nak share bilik dengan orang sebab susah nanti nak cuci baju. Lagi satu, tandas dan bilik air kena sharing dan terletak luar bilik. Tak nak ah...tak minat. 

Aku survey hotel bajet lain jugak. Hotel bajet tak yah cakap la. Condition dia tak sesuai dengan selera aku. Haha..berlagak giler bunyinya kan..Aku hampir-hampir nak check-in satu hotel bajet ni. Aku saja nak cuba duduk hotel bajet. Aku dah siap bayar harga bilik and deposit sekali. Receptionist cakap bilik tu memang ada air-cond. Bila aku masuk je dalam bilik, masyaAllah...masa tu hati aku tak sedap dah. Memang buruk gila dan rasa seram pun ada. Aku cuba nak on air-cond. Sekali tak leh ON. Aku pun terus je turun cakap kat receptionist that the air-cond is doesn't work. Aku cakap aku tak nak tukar bilik kipas. Padahal dalam hati masa tu nak mengelat tak jadi nak ambik bilik tu sebab condition buruk gila. Keadaan tingkap jugak buat aku rasa tak selamat sebab orang luar boleh panjat masuk. Nasib baik la receptionist tu baik kau tahu tak. Dia pulangkan balik semua duit yang aku dah bayar termasuk deposit. Aku pun cecepat say Thanks dan cari hotel lain. 

Lama jugak aku survey hotel. Dekat 2 jam round-round semata-mata nak cari hotel. Dalam pukul 4.00 petang gitu barulah aku jumpa hotel yang memuaskan hati aku iaitu The Train Hotel Hat Yai. Alhamdulillah..hotel ni memang terbaik dan memuaskan hati aku sebab semua perabot, peralatan, dinding dan bilik air serba baru. Yang penting bersih sangat-sangat. Aku suka kalau duduk hotel yang baru-baru ni. Haha..


*Booking.com tak ditemui apabila dicari. Boleh cuba cari dalam search box *

 
Aku terus ke check-in untuk 2 malam. Harga semalaman 690 Baht. Deposit dia mintak RM50 duit MYR sebab aku tak cukup duit Baht nak bayar. Ok la tu..tak sampai RM90.00 semalaman. Hotel ni terletak betul-betul satu bangunan dengan Hat Yai Station. Tak gaduh dah nak beli tiket naik keretapi balik Padang Besar. 

Stesen keretapi bahagian bawah. Hotel ada kat tingkat atas. Tempat Receptionist hotel bahagian bawah.
Aku pilih bilik dua katil lagi. Memang choice aku sebab senang nak campak beg
Semua kemudahan ada. Peti ais, TV, kettle, air mineral free, alat toiletries.
Ubat gigi dan peralatan mandi. Tutup kepala pun ada.

Dinding putih baru siap gantung gambar. Memang selesa sangat
Tandas dan bilik air. Selesa jugak cuma shower dia pakai dari alat pemanas. Mandi tak berapa nak feel sebab shower tak kuat. Tapi OK la..aku still boleh cuci baju lagi. Haha..

 Misi Jalan-Jalan Cari Makan


Pukul 4.00 aku check in The Train Hotel, sebelum pukul 5.00 petang aku dah keluar balik untuk misi jalan-jalan cari makan. Perut pun memang dah mintak nasi sebab tak makan apa benda pun dari pagi. 

First tempat yang aku pergi ialah Kai Tod Decha. Aku dah lama sangat nak try nasi ayam kuning dia yang orang cakap sedap sangat. Ayam goreng dia orang cakap special dan rasa dia lain dari ayam goreng yang kita masak. 

Dari hotel, aku jalan kaki ikut peta Google Map. Restoran Kai Tod Decha ni kalau jalan kaki dari The Train Hotel Hadyai dalam 15 minit je dah sampai. 

Masa sampai tu, aku tengok ada la beberapa orang yang aku syak orang Malaysia. Semua datang dengan famili dan couple masing-masing. Aku sorang je datang solo molo..Haha..tak kisahla..yang penting duduk je aku terus tengok menu dan order nasi ayam kuning dengan lauk ayam goreng dia yang orang cakap sedap sangat tu. Satu lagi tak boleh tinggal order teh ais buih meleleleh dia. Memang terbaik sangat teh ais buih meleleh dia. Rasa macam nak order 2 gelas. Tapi risau takut kena kencing manis pulak nanti. 

Ingatkan nak order tomyam sekali. Tapi takut tak habis. Jadi, aku makan je nasi ayam dengan teh ais + air mineral. Harga dalam 200 Baht. Mahal jugak tu dalam RM25.00

Tapi ok sebab portion nasi banyak dan memuaskan hati. Komen aku tentang nasi ayam goreng special dia tu? 

Bagi aku sedap, tapi bila dekat-dekat nak habis makan macam tiba-tiba aku rasa tak dapat nak habiskan. Sebab aku rak rasa pedas langsung dan ayam goreng dia pulak agak manis manis masin gitu. Aku suka kalau sos dia ada rasa pedas-pedas sikit. Sedap memang sedap. Dan aku makan jugak sampai habis. Cuma itulah...memang cara Thai masak ni agak manis-manis sikit ayam goreng dia. Daripada 5 bintang, aku rate 3.5 bintang. Haha..ok sedap sebenarnya cuma tak berapa kena dengan tekak aku. 

Teh ais buih meleleh dia. Sedap! Padu!

Sedap tapi aku bagi rate 3.5 star je

Ada sup dengan sos pencecah yang rasa manis-manis gitu. Then dia bagi beberapa potongan timun batang.

Excited nak makan. Masa ni tengah buat video sebenarnya.

Suasana dalam restoran. Masa ni pelanggan tak ramai sangat sebab hari Khamis. Orang Malaysia belum sampai lagi. haha..

Luar restoran

Ayam goreng dia yang sedap manis-manis

Bukti aku dah sampai sini. Mintak staf restoran tolong ambilkan gambar. Nampak jelas kegemukan sebab pakai jaket. Hihi

Aku tanya staf dia, Kai Tod Decha tukar logo baru ke? Dia cakap yes baru tukar. Sebab masa aku tengok gambar orang share kat FB asal dia macam logo yang atas tu. Ada logo kepala ayam.

Jalan-Jalan Sekitar Lee Garden Plaza

Pukul 6.00 petang lepas siap makan dan bayar semua, aku jalan kaki lagi menuju ke Lee Garden Plaza. Orang cakap kawasan ini happening waktu malam. Ramai orang jual-jual cenderamata dan makanan. Kedai-kedai dan shopping mall juga banyak sangat. Ada Odean Mall dan satu lagi nama aku tak ingat. 

Street food ada macam-macam makanan dijual. Boleh duduk-duduk sambil nikmati makan malam kat mana-mana gerai pilihan. Memandangkan aku baru je kenyang lepas makan kat Kai Tod Decha, aku cuma beli pulut mangga tapau dan duduk-duduk lepak makan ABC kat tepi jalan. Rasa kesunyian pulak terpaksa makan sorang-sorang. Nak tegur orang tak kenal rasa segan. Padahal ramai jugak rakyat Malaysia yang aku jumpa. Tapi semua macam buat muka sombong je termasuk aku. Hehehe..

Oleh-oleh boleh beli bawak balik KL. Tapi aku hold tak shopping apa-apa.

Banyak jajan dalam paket. Coklat milo kiub ada banyak jual kat sini. 

Beli pulut mangga standby untuk makan dalam bilik hotel. Mana tahu tengah tengah malam rasa lapar

Udang besar-besar. Tapi masa pergi dekat aku jadi hilang selera sebab bau minyak yang dia guna ulang-ulang pakai tu kuat sangat baunya. Naik loya tekak aku.

Aku rasa kaler ayam goreng ni jadi hangus macam ni sebab dia ulang guna minyak yang sama banyak kali. Seriously, orang yang biasa duduk dapur macam aku ni memang boleh cam kalau minyak tu dah guna banyak kali. Bau je pun dah tahu..huhuh..macam hebat je kan

Lupa nak tanya berapa harga.

Lebih kurang macam sate. Tapi isi ayam dia tebal-tebal. Macam sate indonesia.

Harga 10 Baht secocok.

Keychain huruf-huruf

Aku beli satu. L for Love uuuu..

Mak cik ni tengah goreng telur dadar. Elok sangat telur tu kembang.

Singgah makan pemanis mulut

Duduk sini makan sorang-sorang. Time ni rasa lonely sangat. tetiba jadi hilang mood. Kesian sangat kat diri sendiri masa ni. Haha

ABC yang aku order. Saja order sebab nak duduk rehatkan kaki

Kawasan ni tak jauh dari Lee Garden Plaza.

Sempat jugak aku masuk shopping mall dia. Ala..standard masuk shopping mall kau pun tahu macam mana kan? Cuma satu yang menarik tentang shopping mall kat sini ialah nak masuk dalam mall kau kena masuk melalui alat pintu pengimbas. Aku syak mungkin sebab nak mengelakkan berlaku kes letupan. Sebab setahu aku ada beberapa kali kes letupan pernah berlaku di Hat Yai sebelum ni. Elok jugak sebagai langkah keselamatan. 

Aku jalan-jalan tak lama pun sekitar Lee Garden Plaza ni. Dalam pukul 7.00 malam gitu aku dah menapak jalan balik ke The Train Hotel Hat Yai. Rasa macam tak ada benda sangat dah yang menarik hati aku untuk terus round-round. Lagipun aku rasa macam nak rehat-rehat landing lama sikit atas katil sebelum tidur.

Luar bilik hotel. Deretan bilik-bilik lain.

Ok, itu saja untuk episod kali ini tentang Kembara Solo Krabi & Hadyai. Untuk episod penuh korang boleh klik baca link di bawah :


1. Ringkasan Percutian Solo Krabi & Hadyai

2. Hari Pertama : Masuk Hadyai Menerusi Padang Besar

3. Hari Kedua : Jalan-Jalan Di Bandar Krabi & Ao Nang Beach

4. Hari Ketiga : Berkejar Ke Hadyai & Misi Makan-Makan

5. Hari Keempat : Jalan-Jalan Hat Yai

6. Hari Kelima : Balik KL Dari Hat Yai



By