Memandangkan kami belum sempat menerokai bandai Sapporo dan Susukino sepenuhnya, hari ini kami rancang untuk ke tempat-tempat menarik sekitarnya. Kami turun hotel seawal 8.00 pagi dan mula menapak dari Susukino menuju ke Former Hokkaido Government Office Building. Kami masuk menerusi pintu belakang bangunan. 
 

Former Hokkaido Government Office Building

Bangunan ini sememangnya cantik dari segi senibina dan warnanya yang unik. Ia dibina pada tahun 1888 dan merupakan bekas bangunan pentadbiran kerajaan Hokkaido pada masa itu. Kami lihat rakyat Jepun turut menggunakan laluan ini untuk ke tempat kerja masing-masing. Kalau tak silap terdapat sebuah tasik kecil terletak di sebelah kiri bangunan tetapi tasik dalam keadaan membeku disebabkan cuaca sejuk. Seluruh halaman bangunan lama ini di kelilingi oleh salji dan pokok-pokok tanpa daun turut menghiasi lanskap halamannya. 

Salah ikut map, tak sedar masuk ikut pintu belakang

Pemandangan dari pintu belakang

Lalu sini kemudian straight je untuk ke laluan utama pintu hadapan

Pemandangan laluan pintu depan

Senibina yang cantik.

Famili lain yang berkunjung awal sama macam kami

Kami bergambar seketika dan kemudian keluar menerusi pintu depan iaitu pintu utama bagi kebanyakan pelancong yang ingin bergambar. Kerana tak tahan sejuk, kembar aku terlebih dahulu masuk ke Seico Mart yang terletak berhadapan dengan pintu masuk bangunan lama ini untuk memanaskan badan, minum kopi panas dan bersarapan. Dia tidak terlalu berminat untuk bergambar kerana tak tahan dengan cuaca yang terlalu sejuk diikuti oleh tiupan angin yang membekukan jari jemari.

Aku turut masuk ke Seico Mart beberapa lama kemudian. Kami duduk di meja makan sambil minum kopi panas. Aku beli dua jenis makanan untuk sarapan iaitu kacang cashew dan yogurt. Kami berkurung lebih kurang setengah jam sebelum keluar semula menuju ke bangunan Stellar Place iaitu bangunan yang menempatkan semua jenis pengangkutan dan pusat beli belah.

Entah ke berapa puluh kali dia ni masuk dalam kedai semata-mata tak tahan sejuk. Nak jalan pun rasa tak releks

Beli kacang cashew, yogurt dan kopi susu. Kalau kat KL jangan harap aku nak beli cashew nut ni sebab mahal. Kat sini pun mahal tak silap dalam 230 yen. Tapi aku beli jugak sebab lapar.

Pemandangan dari dalam Seico Mart

Nakajima Park (Nakajima Koen)

Dari stesen Sapporo, kami menaiki subway Namboku Line ke stesen Nakajima Koen. Stesen ini terletak betul-betul bersebelahan Nakajima Park. Tak susah untuk mencari taman ini seperti tempat lain yang kami sudah kunjungi sebelumnya.

Bergambar dulu depan Stellar Place

Perkarangan Stellar Place. Malam-malam ada lampu-lampu kat sini


Kubah apa entah ni. Tak tahu nama.


Mat salih dengan peralatan ski. Boleh jumpa ramai mat salih yang bawa peralatan ni semata-mata nak main ski di Sapporo

Keluar stesen subway je, terus jumpa Nakajima Park. Paling senang nak cari

Nakajima Koen adalah kawasan riadah dengan beberapa tarikan. Antaranya taman permainan kanak-kanak dan tasik. Di sini juga menempatkan Hokkaido Museum of Literature dan Watanabe Junichi Museum of Literature. Ia turut menempatkan bangunana Sapporo Concert Hall Kitara.

Taman ini agak luas untuk diterokai sepenuhnya. Kami sempat bermain gelongsor salji bersama-sama dengan pelancong lain. Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak bila dapat main gelongsor salji. Kami ada jumpa satu keluarga Melayu dari Malaysia. Sempat juga kami bertegur sapa. Kebanyakan pelancong Malaysia salah faham menyangka kami ini pelajar di Universiti Hokkaido. Selalu saja keluar pertanyaan dari orang Malaysia yang kami jumpa "Student ke kat sini?"

Kadang terasa malu juga bila orang Malaysia yang kami jumpa selalu salah faham menyangka kami student kat sini. Muka tua berkedut macam ini pun orang masih boleh salah faham sebagai pelajar. Haha..memang aku sendiri tak faham.
Rasa selesa berada dalam taman ini bila cahaya matahari memancar terik. Kurang sikit rasa sejuk. Kami tidak boleh hayati keindahan tasiknya kerana membeku dan dilitupi oleh salji yang tebal. Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam setengah di Nakajima Koen sebelum kembali semula ke bilik hotel.  

Laluan sebelum masuk lebih jauh ke kawasan taman

Kiri ke kanan? Kami ikut arah kanan

Tasik buatan Nakajima yang membeku dilitupi salji

Sejuk-sejuk ni ramai owner bawa anjing jalan-jalan. Hati-hati dengan pancutan air kencing. Salah satu cara kalau tengok ada kesan kuning basah dalam timbunan salji. Haha..jangan sesekali pijak

Syok lalu bawah ni

The Hoheikan. Ini sebenarnya guest house. Tapi masa kami pergi bangunan seperti tengah tutup untuk construction. Gambar terpaksa ambil sendiri pakai tripod. Kembar tak membantu.

Duduk ler hang kat situ sampai beku.Haha

Dia pergi depan, aku jalan belakang lambat-lambat. Last-last jumpa dia tengah main gelongsor salji. Haha

Depan Sapporo Concert Hall Kitara

Dari dalam Sapporo Concert Hall Kitara. Sebenarnya aku masuk sini nak cari kembar. Tapi tak jumpa.

Lastly jumpa kembar main gelongsor kat sini. Aku pun join sekali main.

Tasik beku

Kebanyakan gambar sendiri terpaksa guna tripod sebab kembar tak cukup membantu. Hehehe..Senang je..set Timer 5 saat and then runnnnn..tu yang nampak berdiri senget benget tu. Tak sempat nak lari. Timer phone 5 saat je maksima.


Simbolik betul tapi tak tahu makna

Taman permainan kanak-kanak


Sesat Mencari Restoran Halal

Selepas dari Nakajima Koen, kami berusaha untuk cari restoran Warung Jawa yang terletak tidak jauh dari stesen subway Kita juni jo. Tapi kami tersesat sehingga terpisah sekejap.  Aku tinggalkan kembar di kedai 7 Eleven kerana dia tak tahan sejuk dan sakit kaki. Terpaksalah aku cari restoran sendirian. Tanpa sedar aku dah tersesat dan patah semula ke stesen Sapporo dengan berjalan kaki. 

Lebih sejam rasanya aku sesat semata-mata nak cari restoran Warung Jawa. Nasib baiklah si kembar sabar tunggu aku di 7 Eleven. Sampai saja di stesen Sapporo, aku dapat SMS dari kembar tanya di mana aku. Aku cakap la yang aku sesat dan tengah nak patah balik dan minta supaya dia tunggu aku di 7 Eleven dan jangan ke mana-mana. Aku terus patah balik naik subway ke stesen Kita juni jo dan terus ke 7 Eleven tempat kembar aku berada. Disebabkan terlalu penat, kami patah balik semula ke hotel untuk solat sahaja dalam bilik.

Berseorangan Keluar Jalan-Jalan

Selepas selesai solat zohor dan asar secara jamak, aku keluar sendirian untuk cari semula restoran Warung. Aku betul-betul nekad nak makan nasi. Kembar aku tak sanggup lagi nak keluar dan lebih selesa berada dalam bilik. Makanya aku keluar berseorangan jalan-jalan sambil cari semula lokasi restoran Warung Jawa.

Alhamdulillah kali ini aku jumpa restoran itu. Tapi malang pula bila ada notis yang restoran ditutup sehingga bulan Mac. Kecewa rasanya bila tak dapat menjamah nasi dalam keadaan perut yang lapar.  Tak jauh dari Warung Jawa, ada sebuah lagi restoran Turki iaitu The Kebap. Aku langsung tak terfikir nak tengok jadual operasi restoran masa search di Goole. Masa aku sampai dalam pukul 4.45 petang tu, restoran ini tutup dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. 

Tanda halal. Tapi sabar dulu. Dengar dulu cerita esoknya masa aku datang makan sini

Datang salah timing

Masjid Sapporo. Tak jauh dari Warung Jawa

Universiti Hokkaido & Kedai Gajet Terbesar Sapporo

Aku rancang untuk datang semula pada hari esok ke restoran The Kebap. Aku terus sambung perjalanan dalam salji dengan berjalan kaki dari stesen Kita juni jo ke Stesen Sapporo. Masa dalam perjalanan, aku sempat singgah Unversiti Hokkaido dan sebuah kedai gajet terbesar setinggi lima tingkat yang terletak tidak jauh dari stesen Sapporo.

Rambang mata rasa bila masuk ke dalam kedai gajet dan peralatan elektrik ini. Semua jenis peralatan gajet dan elektrik ada termasuk telefon bimbit, aksesori gajet, kamera dan aksesori kamera, komputer, laptop, PS4, televisyen dan lain-lain. Kedai gajet ini mengingatkan aku pada Plaza Low Yat di KL. Tapi peralatan gajet di sini lebih pelbagai, kemas dan tersusun mengikut tingkat bangunan. Kalau korang peminat gajet dan berkesempatan melancong ke Sapporo, aku cadangkan sila datang ke tempat ini sebab memang best dan boleh rambang mata sekejap.

Hokkaido University. Perasan macam student jap masa masuk sini

Pintu utama Universiti Hokkaido. Aku masuk kat dalam sekerat jalan je sebab nampak papan tanda macam kena bayar 500 yen kalau nak masuk

Nama kedai gajet ni dalam bahasa jepun ialah Yodobashi Camera (ヨドバシカメラ). Popular kat Jepun sebab aku google banyak juga branch dia. Semua besar-besar.
Level paling bawah ialah gajet untuk phone, komputer dan laptop. Aksesori sekali

Bahagian aksesori phone
Boleh beli pocket wifi juga kat sini
Eskalator ke tingkat 1
Level bahagian kamera.
Macam-macam jenis kamera dan teropong ada kat sini

Ni level bahagian PS4 dan gaming
Sini tak silap aku level TV, mesin basuh dan semua peralatan elektrik rumah

Singgah Ke Pole Town

Lepas puas tengok peralatan gajet, aku terus jalan kaki dari stesen Sapporo sehingga ke Odori Park. Mulanya aku ingat nak ke Shiryokan (Former Sapporo Court of Appeals) yang terletak paling hujung Odori Park. Tapi aku tak sangka pula laluan sepanjang Odori Park ini begitu jauh dengan berjalan kaki menyebabkan kaki aku tak dapat bertahan untuk jalan lebih lama. Tambah pula dengan keadaan jalan yang licin dan berbonggol dengan ais. Lagi menambahkan rasa tak selesa untuk berjalan lama.
Akhirnya aku terpaksa patah balik dan melalui laluan bawah tanah yang menghubungkan Odori dan Susukino. 

Rupanya laluan bawah tanah ini ada pusat beli belah yang cukup hebat. Laluan beli belah bawah tanah ini dipanggil Pole Town. Banyak barang-barang murah dijual. Harga barangan juga agak murah disebabkan kawasan beli belah ini merupakan kawasan bebas cukai. Rasa lebih selesa beli belah di bawah tanah ini sebab terlindung dari cuaca sejuk di luar. Tapi aku cuma lalu dan tak beli apa-apa barangan. Sebab aku memang kurang berminat bab-bab shopping ni. Gambar pun aku tak ambik

Sebaik sampai di Susukino, aku terus sahaja balik ke hotel. Terasa sakit sangat kaki terutama jari kaki dan pergelangan kaki sebab terlalu banyak berjalan kaki. Memang tak selesa betul berjalan dalam keadaan laluan yang dipenuhi bonggolan ais yang mengeras. Mungkin kerana kasut yang dipakai kurang sesuai untuk menapak di atas ais yang mengeras.

Perhentian bas ke tempat-tempat menarik depan Tokyu. Esok kami ambil bas ke sini.

By