Pagi ini kami kena check out dari hotel
pada pukul 10.00 pagi. Kenapa awal sangat check out pukul 10 pagi? Sebab
itulah waktu yang ditetapkan oleh hampir kesemua hotel di bumi Hokkaido
ini. Check in pukul 3 petang dan check out pukul 10 pagi.
Memandangkan
hari terakhir di Otaru, selepas subuh aku mula bersiap untuk keluar
jalan-jalan seketika sekitar Otaru Canal. Aku keluar jalan-jalan
sendirian sebab kembar tak begitu berminat nak keluar pada pagi itu.
Mungkin kerana masih sedih dek kerana kamera videonya yang dirosakkan
oleh aku semalam.
|
Pakai baju semalam sebab tak berpeluh langsung. Hehe..Langsung tak busuk |
Berlepas Ke Sapporo City
Dah puas berjalan untuk saat terakhir di Otaru Canal, aku pulang ke
hotel jam 9.45 pagi. Sampai di muka pintu hotel, kembar aku dah bersiap
keluarkan beg dari bilik. Setelah serahkan kunci kepada staf kaunter,
kami segera ke terminal bas Otaru dan beli tiket di kiosk. Destinasi
seterusnya adalah ke Sapporo City.
|
Bas ke Sapporo City |
Bas bertolak ke Sapporo City pada jam 10.15 pagi dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Sepanjang perjalanan aku dapat nikmati pemandangan salji dan laut yang terbentang luas. Kami tiba di stesen Sapporo jam 11.30 pagi. Untuk pengetahuan, stesen Sapporo ini terletak dalam bangunan Stellar Place. Di sinilah pusatnya kesemua jenis pengangkutan seperti JR Line, Subway dan perkhidmatan bas Hokkaido disediakan. Dalam bangunan ini juga terdapat kedai-kedai yang menjadi tumpuan para pelancong dan tempatan membeli belah.
Kami mengambil Subway Namboku Line menuju ke Susukino dari Sapporo. Untuk pengetahuan, jarak Sapporo dan Susukino hanya dipisahkan oleh satu stesen subway sahaja iaitu stesen Odori. Sebenarnya jarak untuk jalan kaki juga tidak jauh hanya sekitar 25 minit. Tapi memandangkan kami membawa bersama beg pakaian yang besar, pengangkutan subway adalah lebih memudahkan untuk sampai ke Susukino.
|
Subway Namboku Line dari Sapporo ke Susukino |
Tak sukar untuk kami cari hotel penginapan kami iaitu
Frame Hotel di Susukino. Jarak stesen subway ke hotel cuma kira-kira 10 minit berjalan kaki. Kedudukan
Frame Hotel juga tak jauh dari Streetcar iaitu sejenis lagi pengangkutan keretapi pendek jalan raya yang mengelilingi antara laluan Nakajima Park, Susukino dan Odori.
|
Frame Hotel |
Disebabkan tiba awal iaitu pada jam 12.30 petang, kami tinggalkan beg
kepada staf hotel dan kemudian keluar seketika untuk jalan-jalan sekitar
Susukino sebelum kembali pada pukul 3.00 petang untuk masuk ke bilik
hotel.
|
7 Eleven sebelah Frame Hotel |
|
250 yen tiket. Tak ingat dah masa ni nak ke mana. Sapporo kut? |
|
Penumpang subway semua fokus dengan aktiviti sendiri. Langsung tak bising |
|
Pukul 3 check in hotel. Terbaik dia punya comforter. |
|
Palang putih ini sangat membantu mengeringkan pakaian. Panas tu.. |
|
Depan tu bilik air dan jamban. TV |
Keluar Pada Sebelah Malam
Seperti biasa, bila masuk ke hotel, kami akan solat dan berehat dengan tidur seketika sebelum bangun semula untuk keluar pada sebelah malam pada jam 8.15 malam. Kali ini kami rancang untuk cari makanan di kedai serbaneka. Antara kedai serbaneka paling banyak wujud di Jepun ialah Lawson, Family Mart, 7 Eleven dan Seico Mart. Mulanya kami agak keberatan untuk pilih makanan memandangkan faktor halal menjadi keutamaan. Tapi setelah buat sedikit rujukan, akhirnya kami pilih makanan yang tidak mengandungi alkohol, gelatin dan makanan berunsur daging.
Walaupun tak banyak pilihan, tapi masih ada makanan dan minuman yang sesuai dibeli untuk orang Muslim. Bagi aku, kalau terlalu was-was pun susah jugak. Nanti boleh kebulur kau tak makan. Silap-silap boleh jatuh sakit. Makanya kami memudahkan pencarian makanan dan minuman dengan mengelakkan makanan yang mengandungi gelatin, alkohol dan berdaging. Semua info ini kami dapat melalui internet. Kebanyakan bungkusan makanan di Jepun akan memaparkan info kandungan bahan. Jadi bolehlah dirujuk dahulu sebelum beli apa-apa. Kesemua info dalam bahasa Jepun. Aku cuma kenalpasti ejaan gelatin , alkohol dan niku iaitu daging dalam bahasa Jepun.
|
Naik atas jejambat tak jauh dari Frame Hotel |
|
Sebelah sana lebih happening |
|
Pokok-pokok tanpa daun di musim sejuk |
|
Pokok ni cantik. Jadi kita bergambar |
|
Couple berhenti kat trafic light pejalan kaki untuk lintas jalan |
|
Lawson kat depan. Masuk sana nak beli makanan dan minuman |
|
Jalan menuju je Odori Park |
|
Laluan Streetcar |
|
Route map streetcar |
|
Sini tempat orang Shopping |
|
Beratur tunggu keretapi pendek streetcar. Kami tak pernah naik. |
|
Banyak shopping mall kat sini |
|
Kau belum cukup cinta Jepun kalau tak kenal Tsutaya. Haha |
Berjalan Kaki Dari Susukino Ke Odori Park
Kami jalan perlahan-lahan sambil nikmati apa yang menarik sepanjang laluan Susukino menuju ke Odori Park. Tolak campur singgah kedai, ambil gambar dan masuk kedai serbaneka untuk beli makanan, berjalan kaki dari Susukino ke Odori Park mengambil masa satu jam perjalanan.
Paling menarik untuk dinikmati ialah keindahan hiasan lampu pada pokok dan bangunan yang menghiasi sepanjang laluan utama ini. Lebih indah lagi bila tiba di Odori Park di mana kita boleh saksikan tarikan utamanya iaitu Sapporo TV Tower yang tersergam indah dengan kemegahan tiang berwarna merah dengan pancaran cahaya lampu sepanjang menara. Terasa seolah-olah menatap menara Eiffel di Paris pun ada juga.
Tapi kami tak dapat nak nikmati sepenuhnya keindahan Odori Park disebabkan pembinaan bongkah ais dan lain-lain binaan untuk persediaan festival musim salji yang disedang dilakukan sepanjang taman Odori Park. Kami takkan sempat merasai festival ini kerana ia hanya akan mula berlangsung pada 4 Februari iaitu sehari selepas kami pulang ke KL.
|
Yeay! Akhirnya jumpa Sapporo TV Tower di Odori Park |
|
Tak nak lepas peluang bergambar latar belakang tower ni |
|
Dekat sikit untuk sebelum lintas jalan untuk ke pintu masuk menara |
|
Jelas! |
|
Sampai-sampai je dah tutup. Kalau tak memang dah naik ni |
|
Waktu operasi menara |
|
Menara tutup, kita jalan-jalan lagi |
|
Lawson |
|
Sapporo Clock Tower |
|
Sapporo TV Tower dah bertukar warna biru pulak |
|
Suhu minus 2! |
|
Bergambar sini |
Walau apapun, kami tetap rasa gembira sebab dapat hayati keindahan Sapporo TV Tower dan bangunan Clock Tower yang terletak tidak jauh dari tower pada malam yang singkat ini. Selepas puas nikmati keindahan malam sepanjang Susukino dan Odori Park, kami pulang ke hotel kira-kira jam 10.30 malam untuk tidur.
Episod Penuh Kembara Sapporo Selama Seminggu
Baiklah, untuk
episod penuh dari hari pertama sehingga hari ketujuh musafir kami di
bumi Sapporo, boleh klik untuk baca mengikut episod. Maaf, penulisan
agak panjang sebab aku selesa cerita mengikut perjalanan hari.
-
-
-
-
-
-
-
-