Kami bangun pagi dengan penuh bersemangat untuk pengembaraaan hari kedua di Otaru. Sebelum turun hotel, kami terlebih dahulu bersarapan dengan bekalan makanan yang dibawa dari KL. Kami turun sekitar 8.30 pagi. Rasa agak lewat berbanding waktu subuh yang bermula pada 5.16 pagi. Kami tak buang masa terus sahaja menuju ke stesen bas untuk lihat lokasi menarik yang boleh dituju dengan menaiki bas. Tiket bas boleh dibeli di kiosk. Jangan risau kalau tak faham dalam bahasa Jepun sebab boleh tukar tetapan ke English. Antara pilihan destinasi yang ada ialah Otaru Aquarium. Masa di KL aku memang tahu tentang Otaru Aquarium. Tanpa ragu-ragu, kami pun terus beli tiket. 

Laluan ke stesen bas

Selfie sejuk-sejuk ni muka nampak cerah sikit. Haha!
Lintasan jalan kaki menuju ke stesen bas dan keretapi
Tempat aku berdiri ini ialah depan shopping mall. Ada jejantas yang menghubungkan shopping mall ke stesen bas

Menuju Ke Otaru Aquarium Dengan Chuo Bas

Naik bas pada waktu tepat seperti dalam jadual
Masa dalam perjalanan
Bas berlepas pada pukul 9.15 pagi dan perjalanan kira-kira 20 minit sahaja dari stesen. Otaru Aquarium ini adalah destinasi akhir bas.  Bas hanya berhenti di perhentian tepi jalan untuk menurunkan dan mengambil penumpang. Kami agak pelik sebab kebanyakan orang tempatan yang guna perkhidmatan bas adalah dari warga tua. 

Untuk pengetahuan, kebanyakan harga tiket bas yang kami naik sepanjang di Sapporo ini tak pernah lebih daripada 300 yen untuk perjalanan sehala. Paling mahal pun sekitar 270 yen walaupun lokasi tersebut agak jauh.

Sampai dah di Otaru Aquarium
Bus stop tempat turun / ambil bas dari / ke Otaru Station
Sampai di Otaru Aquarium, kami naik menerusi tangga ke bahagian atas bukit di mana terletaknya bangunan akuarium. Memandangkan kami tak begitu berminat untuk lihat ikan dan persembahan lain seperti penguin, kami buat keputusan untuk jalan-jalan di sekitar sahaja. Lagipun, nak masuk ke akuarium kena beli tiket, Harga sekitar 700 ke 800 yen kalau tak silap. 

Laluan ke aquarium atas bukit
Naik ikut tangga ni
Bergambar depan pintu masuk aquarium
Pemandangan dari atas saujana mata memandang. Cantik memutih!
Main salji tebal sampai tenggelam kaki.

 Otaru Shukutsu Panorama Observation Deck

  Tidak jauh dari Otaru Aquarium ini, ada satu tarikan menarik lain yang boleh dimasuki secara percuma iaitu Otaru Shukutsu Panorama Observation Deck. Terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki. Tapi untuk sampai ke sini perlu menaiki bukit yang mengadap laut, Bukitnya tidak terlalu tinggi tetapi cukup mencabar untuk sampai ke puncak kerana perlu mengharungi laluan bersalji yang disertai pula dengan tiupan angin maha kencang. 

Laluan awal ke Otaru Shukutsu observation deck
Serius, angin kuat giler time ni
Dah setengah jalan nak ke atas
Dah nak masuk corner ke atas. Angin bertiup kuat tak pernah berhenti
Dari sini boleh tengok pemandangan laut
Tak berjaya sampai ke atas. Angin terlalu kuat dan nampak seperti pintu pagar puncak tutup
Tengok dari sini ajelah
Memandangkan keadaan salji yang tebal dan angin pantai yang bertiup terlalu kuat, kami tak berjaya sampai ke atas. Tak ada pengunjung lain yang menuju ke observation deck ini. Tiupan angin pantai yang terlalu kuat disertai angin sejuk menyebabkan tangan dan kaki kami agak freezing dan sukar nak bernafas.

Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini. Dari puncak observation deck ini, sebenarnya kita boleh saksikan rumah api dan pemandangan laut dan bukit yang mengelilingi kawasan ini, Rasa rugi juga sebab tak panjat sampai ke atas. Padahal cuma beberapa meter sahaja nak sampai sebelum kembar aku berkeputusan untuk turun kerana dilihat seperti tiada orang dan kemungkinan laluan masuk ditutup disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi tak ada pula paparan notis observation deck ini ditutup. Kalau ikutkan hati aku seorang, memang aku dah naik sampai puncak. Tapi memandangkan kembar aku tak berani, terpaksa juga aku ikutkan kehendak dia untuk segera turun. 

Sebaik sampai ke bawah, kami singgah di sebuah restoran yang kedudukannya betul-betul mengadap laut untuk minum kopi. Masuk ke dalam restoran tertutup ini buat kami rasa selesa dari tiupan angin dan kesejukan di luar. Pekerja restoran dilihat sibuk membakar sejenis makanan laut seakan tiram dan melayan beberapa tetamu lain yang boleh dibilang dengan jari. Kami memesan kopi panas dengan harapan dapat menghilangkan kesejukan. Kami turut dihidangkan dengan secawan teh walaupun tak dipesan. Kami berkurung selama lebih kurang setengah jam di dalam restoran untuk hilangkan kesejukan dengan minuman kopi panas.
Masuk restoran rasa lega dapat berlindung dari angin kuat

teh & kopi

Bakar-bakar depan pintu masuk bahagian dalam restoran
Selesai minum kopi, kami menuju ke bahagian tepi pantai. Tiupan angin yang amat deras menambahkan lagi kesejukan. Kami bergambar dan ambil video seketika di tepi pantai.
Tak dapat ke observation deck, kita turun main salji tepi pantai

Pemandangan sebelah kanan pantai

Pemandangan sebelah kiri pantai

Restoran tempat minim kopi tadi
Patah balik ke bus stop

Percubaan melompat

Ada fun fair depan aquarium

Naik bas dengan pelancong lain. Ramai dari China
Setelah puas di tepi pantai, kami terus menuju ke hentian bas untuk mendapatkan bas ke stesen Otaru. Ada beberapa pelancong lain yang turut sama menunggu bas untuk pulang semula ke stesen Otaru. Seronok tengok mereka tunggu bas sambil bermain salji yang menimbun di sekitar pondok bas. Kebanyakan pelancong yang ada bertutur dalam bahasa cina. Mungkin mereka datang dari China atau Hong Kong. Mungkin juga dari Malaysia. Entah..kami pun tak pasti.

Jam 12.15 tengah hari, bas bergerak semula menuju ke stesen bas Otaru. Perjalanan pulang ambil masa sekitar 20 minit lagi. Setibanya di stesen, kami segera balik ke hotel untuk solat terlebih dahulu sebelum keluar semula pada pukul 3.00 petang.

Masjid Otaru 

Malam ini kami rancang nak cari tempat makanan halal. Sebelum itu, kami sempat jalan-jalan lebih jauh dengan berjalan kaki. Kami berpeluang singgah di masjid Otaru yang terletak kira-kira 30 minit berjalan kaki dari hotel. Cuma lokasinya agak sukar dicari. Kami cuma bergantung pada peta yang diambil masa mula-mula sampai semalam. Sebelum sampai ke masjid, kami membayangkan mungkin ada restoran makanan halal sekitar masjid. Tapi sayangnya tak ada satu restoran pun sekitarnya. Kami juga tak jumpa seorang muslim pun sekitar masjid kecuali sekeluarga pelancong Melayu dari Malaysia yang kebetulan singgan di 7 Eleven tak jauh dari masjid,

Seven Eleven sebelah stesen bas. Jauh lagi dari Masjid Otaru
Jumpa akhirnya Masjid Otaru. Tapi tutup dan sunyi. Tak nampak seorang pun orang Muslim kat masjid
Aku pun tak sure ni bangunan apa. Haha..

Restoran seafood dan buah-buahan
Boleh duduk sini makan seafood. Tak jauh dari Otaru Canal
Tinjau-tinjau apa yang ada
Beli buah sini
Otaru Canal

Misi Mencari Restoran Makanan Halal Di Otaru

Kami dapat tahu dari keluarga Malaysia tadi yang ada restoran makanan Halal tak jauh dari Otaru Canal. Nama restoran ialah Donburi Chaiyya. Masa tengah cari restoran Donburi Chaiyya, kami jumpa lagi dengan dua perempuan rakyat Malaysia yang kebetulan tengah cari restoran yang sama. Memandangkan mereka ada kemudahan internet untuk cari lokasi, kami pun sertai mereka. Alhamdulillah..nasib baik juga jumpa dua perempuan ini untuk cari restoran. Aku sendiri sebenarnya langsung tak tahu kewujudan dan lokasi restoran halal Donburi Chaiyya ini. 
Menu Donburi
Sebelum kejadian makan dan kamera rosak. Haha!
Ikan salmon, udang, kentang mentega, sup miso dan nasi semangkuk seorang
Masa tengah makan, tiba-tiba snowfall kat luar. Excited!
Walaupun kami sama-sama masuk ke restoran, tapi kami duduk di meja berasingan. Menu hidangan yang dipesan juga berbeza. Aku dan kembar pesan beberapa menu menarik sampai tak ingat dunia kerana terlalu lapar. Menu yang kami pesan ialah udang dua ekor bersaiz sederhana, ikan salmon teriyaki, kentang bakar mentega dan nasi putih. Tak ada pilihan air minuman disediakan kecuali air kosong.

Kami nikmati hidangan sambil berborak sedikit sebanyak dengan dua perempuan Malaysia tadi. Meja kami sebelah menyebelah sahaja. Masa tengah makan, tiba-tiba kami tengok salji turun dengan lebatnya menerusi tingkap cermin. Kerana tak sabar nak rakam gambar dan video dalam snowfall, dua perempuan tadi cepat-cepat bayar dan keluar. Kami mengucapkan selamat tinggal dan berpisah di situ sementara aku dan kembar menghabiskan makanan yang masih berbaki.

Kamera Rosak Kerana Terlalu Teruja

Disebabkan terlalu teruja nak tengok snowfall, berlaku perkara yang tak disangka-sangka di mana aku dah merosakkan kamera video kembar aku secara tidak sengaja. Puncanya dari botol air mineral yang tak ditutup di mana aku dah meletakkan botol air mineral ke dalam beg yang mempunyai kamera video kembar aku. 

Masa itu, kembar aku dalam tandas dan aku rasa dia macam lama sangat kat dalam tandas membuatkan aku hilang sabar. Aku sebenarnya nak kejar snowfall yang tengah lebat di luar. Disebabkan terlalu lama tunggu dia ke tandas, aku simpan semua peralatan dia dalam beg termasuk botol mineral yang tak ditutup dengan rapat. Masa masukkan botol mineral dalam beg, aku memang tak perasan yang penutup botol tak ditutup dengan rapat menyebabkan air tersiram ke atas kamera. Kami cuma sedar kamera dah basah masa nak keluar dari restoran bilamana aku perasan air keluar dari beg dia.

Masa itu aku dah mula cuak sebab kembar dah mula bengang dengan aku. Kamera itu dia beli beberapa tahun lalu dan dia memang jarang pakai. Masa di Sapporo pun, hanya sekali dua dia ambil gambar dengan kamera video yang dah tersiram air tu. Mula-mula kamera masih boleh on lagi. Tapi dalam sejam kemudian terus kamera tak boleh on lagi. Maknanya memang dah rosak sebab terlalu banyak tersiram air. Untuk tenangkan keadaan, aku terpaksa janji dengan kembar untuk bayar balik bila kami pulang ke KL.

Yelah..kalau boleh kita tak nak rosakkan mood bercuti. Aku mengaku salah yang kamera tu rosak disebabkan sikap aku yang tak sabar semata-mata nak tengok snowfall menyebabkan tak sedar yang aku dah tercampak botol mineral yang tak ditutup rapat ke dalam beg berisi kamera.
Mujurlah kembar aku marah sekejap je. Walaupun sedih tapi terpaksa juga berusaha kembalikan mood supaya tak rosak saat-saat bercuti.

Batalkan Niat Ke Tenguyama Otaru Ropeway

Disebabkan kamera rosak dan mood berjalan pun dah menurun, kami terpaksa batalkan niat ke Tenguyama (Mt. Tengu). Masa itu, jam hampir pukul 6.00 petang. Masih awal untuk pulang ke hotel. Tapi memandangkan mood dah hilang disebabkan kamera rosak, kami buat keputusan pulang ke hotel untuk tenangkan jiwa.

Tapi ada hikmahnya juga sebab keesokan harinya baru kami tahu yang Mt. Tengu ditutup seketika kerana keadaan cuaca yang tidak sesuai untuk lawatan. Lepas makan di Donburi Chaiyya, kami pulang ke hotel sekitar jam 8.00 malam.

Episod Penuh Kembara Sapporo Selama Seminggu

Baiklah, untuk episod penuh dari hari pertama sehingga hari ketujuh musafir kami di bumi Sapporo, boleh klik untuk baca mengikut episod. Maaf, penulisan agak panjang sebab aku selesa cerita mengikut perjalanan hari.

  1. Kembara Kembar Sapporo 7 Hari 6 Malam : Rancangan & Bajet

  2. Kembara Kembar Sapporo : Hari Pertama Di Bumi Sapporo

  3. Kembara Kembar Sapporo : Hari Kedua - Otaru Aquarium

  4. Kembara Kembar Sapporo : Hari Ketiga - Bertolak Ke Sapporo

  5. Kembara Kembar Sapporo : Hari Keempat - Maeda Forest Park

  6. Kembara Kembar Sapporo : Hari Kelima - Nakajima Park

  7. Kembara Kembar Sapporo : Hari Keenam - Hitsujigaoka Observation Hill

  8. Kembara Kembar Sapporo : Hari Ketujuh - Moerenuma Park & Bermalam Di Airport





By