Flight ke Sapporo dengan penerbangan Airasia X berlepas pada jam 11.30 malam pada 26 Januari 2019. Penerbangan mengambil masa lebih kurang lapan jam. Jam 8.00 pagi keesokannya kami tiba di New Chitose Airport, Sapporo.  Masa kami sampai, suhu sekitar -3 darjah celcius. Keluar je dari kapal terbang dah rasa sejuknya seperti berada dalam peti sejuk.

Masa tu mula terfikir "Oooo...macam ni rasanya musim winter dalam suhu minus.."Maklumlah..pertama kali merasa kesejukan winter. 

Selesai semakan di imigresen Jepun, kami terus menuju mendapatkan train ke Otaru. Ada keretapi terus dari New Chitose Airport ke Otaru. Harga tiket ialah 1,780 yen (sekitar RM66). Selama 1 jam 30 minit di atas keretapi, mata kami disajikan dengan pemandangan indah salji memutih yang memenuhi bumi Hokkaido. 

Masa tu kembar aku cakap "Macam tak rasa apa-apa pun tengok salji ?"
Aku pun jawab "Ini sebab kita tak pegang lagi salji dengan tangan"

Subway dari New Chitose Airport ke Otaru
Sebaik sahaja sampai di Stesen Keretapi Otaru, perasaan teruja mula timbul apabila salji turun dari langit dengan lebatnya. Salji turun selama kira-kira 15 ke 20 minit. Kami dapat lihat butiran salji yang gugur dari langit disertai dengan angin yang lembut. Tak dapat nak gambarkan bagaimana seronoknya bila jejakan kaki pertama di Otaru disambut dengan salji dari langit, sekaligus mewujudkan pemandangan yang sungguh indah buat kami yang pertama kali dapat menikmati snowfall. Terasa romantis sangat.
Sebelum subway bergerak ke Otaru, kita selfie dulu
Tambahan lagi dengan persekitaran stesen keretapi Otaru yang agak vintaj di mana binaannya terdiri daripada dinding kayu yang masih kukuh berdiri. Terdapat pusat khidmat pelancong sebelum keluar dari stesen keretapi. Kami masuk ke sana dan tanya mengenai lokasi Smile Otaru Hotel dan peta Otaru dan Sapporo. Semua kemudahan peta ini boleh didapatkan secara percuma.
Sampai di stesen keretapi Otaru
Masa ni sebenarnya tengah snowfall. Tak berapa nampak dalam gambar

 Smile Hotel Otaru

Smile Hotel Otaru. Sebelah kanan seberang jalan ada sebuah lagi bangunan hotel

Kedudukan Smile Hotel Otaru hanya 7 minit jalan kaki dari stesen keretapi. Untuk pengetahuan, selain stesen keretapi, stesen bas juga berada di kawasan yang sama dan ini sememangnya amat memudahkan pelancong untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan.

Waktu check-in hotel ialah pada pukul 3.00 petang. Kami disambut mesra oleh pekerja kaunter hotel dengan senyuman yang ramah. Memandangkan tiba awal, kami terpaksa tinggalkan beg di kaunter dan seterusnya keluar berjalan-jalan seketika sehingga pukul 3.00 petang.

Nasib kami baik sebab dapat berehat di ruangan lobi Smile Hotel Otaru sambil menikmati minuman kopi yang disediakan secara percuma untuk semua pelanggan. Ada meja yang disertai dengan kemudahan pengecas USB. Kami duduk rehat seketika sebelum keluar menikmati persekitaran. Perut dah mula rasa lapar. Kami hanya minum kopi dan makan Pringles yang dibeli dari KL.

Link Smile Hotel Otaru di Agoda.com



Agak penat juga nak tunggu sehingga pukul 3.00 petang. Kami jalan-jalan sekitar Otaru Canal yang terletak cuma 10 minit jalan kaki dari hotel. Ada banyak kedai di sekitarnya boleh singgah untuk beli belah, kedai serbaneka untuk beli makanan dan minuman. Kedai buah-buahan pun ada.
Salji pertama kini dalam genggaman
Teruja tak? Bolehla...
Cuaca cerah selepas snowfall masa mula-mula sampai di Otaru
Seluruh tempat dipenuhi salji
Rekabentuk bangunan lama memang banyak kat sini
Lampu isyarat lintasan pejalan kaki memang banyak sangat kat Jepun ni
Salah satu tempat shopping berbumbung di Otaru
Pukul 2 petang kami kembali ke hotel sebab sudah terlalu penat dan berehat sahaja di ruangan lobi sebelum masuk ke bilik hotel pada pukul 2.40 petang. Nasib baik juga staf hotel benarkan kami masuk lebih awal. Ada juga pertimbangan mereka walaupun orang Jepun ini terkenal dengan disiplin menepati masa. 
Selamat masuk bilik hotel. Tak sabar nak rehat dan tido!
Luar sejuk, dalam bilik walau panas dengan alat pemanas tapi selesa tak berpeluh
Ada tv, kettel, lampu, telefon dan suis lubang dua
Ada peti sejuk, cawan dan almari lengkap dengan hanger untuk sangkut baju sejuk
Hair dryer dalam beg coklat
View dari tingkap bilik
Masuk bilik je, kami terus solat, berehat dan tidur seketika sebelum bangun semula lebih kurang jam 6.30 petang. Pukul 6.30 petang di sana suasana sudah pun gelap seperti waktu malam.  Waktu maghrib ialah sekitar 4.40 petang manakala isyak pukul 6.13. Kami terus solat jamak maghrib dan isyak sebelum keluar hotel untuk jalan-jalan nikmati suasana malam di Otaru.
Bergambar di Otaru Canal
Terlalu ramai pelancong china dan korea depan pagar sungai
????
Butik pakaian pejabat lelaki dan wanita
Stesen minyak
Tak jauh dari Otaru Canal
Masuk Lawson. Macam-macam makanan dan minuman semua nampak sedap
Menarik tak? Air buah oren
Smoothies
Vending machine berderet tepi jalan

Selepas puas nikmati keindahan pemandangan sekitar Otaru Canal, kami balik semula ke hotel pada jam 8.45 malam. Tibalah waktu untuk rehat waktu sepenuhnya sebelum bangun keesokan harinya untuk misi pengembaraan seterusnya di Otaru.

Episod Penuh Kembara Sapporo Selama Seminggu

Baiklah, untuk episod penuh dari hari pertama sehingga hari ketujuh musafir kami di bumi Sapporo, boleh klik untuk baca mengikut episod. Maaf, penulisan agak panjang sebab aku selesa cerita mengikut perjalanan hari.

  1. Kembara Kembar Sapporo 7 Hari 6 Malam : Rancangan & Bajet

  2. Kembara Kembar Sapporo : Hari Pertama Di Bumi Sapporo

  3. Kembara Kembar Sapporo : Hari Kedua - Otaru Aquarium

  4. Kembara Kembar Sapporo : Hari Ketiga - Bertolak Ke Sapporo

  5. Kembara Kembar Sapporo : Hari Keempat - Maeda Forest Park

  6. Kembara Kembar Sapporo : Hari Kelima - Nakajima Park

  7. Kembara Kembar Sapporo : Hari Keenam - Hitsujigaoka Observation Hill

  8. Kembara Kembar Sapporo : Hari Ketujuh - Moerenuma Park & Bermalam Di Airport




By