Hari ini adalah hari ke tujuh merupakah hari terakhir perjalanan kami di Sapporo. Pagi esok kami akan pulang ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Air Asia X pada jam 9.20 pagi. Pagi ini kami keluar membawa beg bersama-sama kerana kami perlu check-out jam 10 pagi. Kami keluar tepat jam 10.00 pagi. Seterusnya kami ke Sapporo Station. Di situ kami mencari perkhidmatan loker untuk simpanan beg.
 |
Check Out Frame Hotel Sapporo. Arigatou!
|
Ada banyak kemudahan simpanan loker dan sesuai untuk pelbagai jenis saiz beg. Sewa pun bagi kami agak murah. Untuk dua biji begpacker bersaiz besar, kami sewa loker pada harga 600 yen. Kalau tak silap, waktu sewaan mestilah tidak lebih daripada jam 23 dan 24. Maksudnya tidak boleh lebih daripada jam 11 dan 12 malam.
 |
Loker ni boleh muatkan 2 buah begpack saiz besar 65 L
|
 |
Ambil gambar siap-siap partition loker kita. Takut lupa
|
Cara Ke Moerenuma Park
Selesai simpan di beg di loker, kami terus mendapatkan subway ke stesen Kanjo dori higashi. Ada terminal bas di sebelah kanan sebaik keluar dari stesen subway. Kami ambil Chuo Bas nombor 69. Ada beberapa lagi bas yang boleh dinaiki iaitu bas nombor 61 dan 79. Cuma laluan dan masa setiap perjalanan bas tidak sama.
Kami berhenti di hentian bas Moerenuma koen higashiguchi. Semasa dalam perjalanan, kami lihat ribut salji sedang berlaku di luar. Kami agak cemas kerana membayangkan kesukaran untuk berjalan di kawasan taman yang dilitupi oleh salji. Kami lihat kiri dan kanan jalan raya juga ditimbuni oleh salji yang lebih tebal. Jauh lebih tebal dari timbunan salji di Sapporo City dan Susukino. Ketinggiannya melebihi ketinggian badan kami!
 |
Berhenti bas di hentian bas Moerenuma koen higashiguchi. Kemudian jalan sikit depan jumpa papan tanda Moerenuma Park
|
 |
Salji sini lagi tebal dan tinggi.
|
Jam 11 pagi, kami tiba di Moerenuma Park. Masa itu berlaku angin kuat yang menerbangkan salji. Habis kening dan muka kami dipenuhi oleh salji putih berterbangan. Agak sukar juga nak berjalan. Tapi kami teruskan juga masuk ke dalam Moerenuma Park sehingga melepasi pintu masuk. Terdapat papan tanda menuju ke Glass Pyramid. Kami lalui sebuah laluan jambatan bersungai. Masa itu, kami langsung tak nampak pengunjung lain kecuali beberapa lori trailer dan seorang pengunjung lelaki. Masa itu hati berbolak-balik sama ada nak berpatah balik atau terus berjalan sampai ke Pyramid Glass. Terasa seperti berada di padang pasir yang tak wujud seorang manusia pun.
Kami beranikan diri sehinggalah hampir sampai ke Pyramid Glass. Barulah kami dapati ada beberapa pengunjung berada di bahagian dalam Pyramid Glass. Syukur sangat sebab kami tak patah balik. Kalau tak rugi sangat sebab tempat ini memang terlalu cantik dan menarik. Terutama binaan Pyramid Glass ini yang aku teringin sangat nak tengok sejak dari KL lagi. Akhirnya boleh lihat betul-betul di depan mata.
 |
Pyramid Glass..
|
 |
semakin dekat...
|
 |
dan...
|
 |
kini depan mata!
|
Ada Apa Di Moerenuma Park ?
Dalam Pyramid Glass ini, ada lif yang kita boleh naiki untuk lihat persekitaran park dari kedudukan yang lebih tinggi. Dari kedudukan ini kita boleh lihat binaan sebuah lagi piramid tiang besi dan bukit Moerenuma tak jauh dari Pyramid Glass. Selain itu, boleh hayati keindahan sungai dan jambatan iaitu laluan untuk sampai ke Pyramid Glass.
Memandangkan seluruh kawasan dilitupi salji, maka kami tak dapat nak lihat bukit Moerenuma dan binaan tiang besi piramid. Apa yang kami lihat hanyalah kawasan bukit memutih yang dilitupi salji. Masa kami masuk ke dalam Pyramid Glass, angin di luar masih bertiup dengan kencang. Memandangkan sudah masuk waktu solat zohor, kami bersiap mengambil wuduk di tandas dan mencari sudut tersembunyi untuk solat. Memandangkan tak ramai pengunjung, kami solat dalam keadaan agak selesa tanpa pandangan mata orang lain. Kecuali seorang makcik cleaner yang kelihatan pelik dengan kelakuan kami.
 |
Kebetulan dah masuk waktu zohor. Kita solat terus jamak dengan asar sekali
|
 |
Nampak tak makcik cleaner kat depan? Dia pelik tengok kami buat apa.
|
 |
Boleh rehat-rehat di kerusi
|
 |
Selfie sket
|
 |
Boleh naik lif. Jom naik!
|
 |
Ehem! Nampak kurus la ai...
|
 |
Pandang ke luar lihat salji yang memutih
|
 |
Terlalu jauh...kena pakai dslr ni.haha
|
 |
Pandang ke luar. Hanya nampak salji dan pokok
|
 |
Ambil gambar dari sudut atas
|
 |
Orang bawah dari sudut atas
|
 |
Dari sini boleh nampak jambatan yang kami lalu masa nak masuk ke sini tadi
|
 |
Berdiri kat hujung dek
|
 |
Nak jugak acah-acah pandang bawah. Tapi tak ayu mana... :-D
|
 |
Harini dia cakap hepi sebab pakai baju fesyen cina. Dia cakap la....
|
 |
Titanic sangat...
|
 |
Mula-mula masuk pintu Pyramid Glass akan nampak papan keterangan
|
 |
Bahagian luar pyramid
|
 |
Menatap puncak piramid
|
 |
Tadaaa!
|
 |
Pemandangan sebelahan kanan piramid. Deretan pokok-pokok
|
 |
Bergambar kat jambatan. Tapi jambatan pun nampak tenggelam dengan salji
|
 |
Bye bye pyramid glass. nak balik dah...sob sob
|
 |
Nampak soft je deretan pokok. Belakang tu ialah bukit yang diliputi salji
|
 |
Rasa berat hati nak tinggalkan tempat ni. Cantik sangat sangat.
|
Pyramid Glass ini adalah salah satu binaan yang cantik untuk dihayati. Ianya percuma tanpa bayaran. Agak lama kami berada di dalamnya. Selepas ribut salji berhenti, barulah kami mula gerak untuk keluar dari kawasan Moerenuma Park. Kami tunggu bas di laluan bertentangan pada pukul 2 petang. Bas di sini akan lalu setiap setengah jam. Ada dua nombor bas mengikut destinasi. Kami tak kisah naik yang mana pun sebab kedua-dua bas akan berhenti di stesen subway.
 |
Perhentian bas. Nasib baik pondok tertutup. Boleh masuk dalam panaskan badan sekejap. Kita orang gilir-gilir tunggu bas. Bas setiap setengah jam
|
 |
Bas Chuo nombor 79. Ada dua bas lalu sini.
|
Walaupun dalam keadaan bersalji, kami kagum dengan perkhidmatan bas kerana mampu tiba pada waktu yang tepat. Kalau lewat pun hanya seminit dua sahaja. Memang aku kagum betul dengan ketepatan masa orang Jepun ini. Pemandu bas pula tak lupa ucapkan terima kasih kepada setiap pelanggan yang turun dan bayar tambang. Siapa-siapa yang tengok pasti kagum dengan kesantunan orang Jepun ni. Kami pulang ke stesen Sapporo untuk ambil semula beg di loker.
Menikmati Saat Akhir Di Stellar Place
 |
Kenangan terakhir di Stellar Place. Sedih rasa sebab nak balik dah...
|
 |
Alahai sedihnya....
|
 |
Sejuk...tapi sedih..Kikiki
|
 |
Nak ke mesin beli tiket JR ke New Chitose Airport
|
Malam ini kami akan bermalam di Lapangan Terbang New Chitose. Sebaik sahaja sampai di Stesen Sapporo, kami keluar sekejap untuk hayati keindahan dan kesejukan terakhir musim sejuk di Sapporo di Stellar Place. Rasa sayu pula nak meninggalkan bumi Hokkaido. Walaupun terseksa dengan cuaca sejuk, tapi setiap pengalaman kembara pasti menjanjikan pengalaman indah. Tiada siapa yang dapat melupakan kenangan indah semasa berada di perantauan.
Dari Stesen Sapporo Ke New Chitose Airport.
Kami dapatkan tiket ke New Chitose Airport menerusi JR Line dari stesen Sapporo. Harga tiket ialah 1070 yen. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit.
 |
Harga tiket JR Line 1070 yen ke New Chitose Airport. Kalau naik bas dari Susukino jimat 40 yen
|
 |
Beginilah rupanya keretapi JR masa musim salji. Comot!
|
 |
Orang-orang dalam tren. Makin jauh perjalanan makin ramai yang turun. Lastly dapat juga kami duduk atas kerusi sampai ke airport
|
 |
Lampu pokok krismas
|
 |
Sampai pukul 10 malam je boleh duduk kat ruangan ini. Lepas tu staf sekuriti akan push kau kosongkan ruangan dan naik ke tingkat 4.
|
 |
Eskalator naik ke tingkat atas. Ada macam-macam lagi kat atas. Tapi semua kedai dah mula tutup pukul 9.30 malam
|
 |
Boleh cop apa-apa sebagai kenangan
|
 |
Patut la makin lama makin sepi je airport. Rupanya tiada siapa dibenarkan bermalam termasuk penumpang kapal terbang yang akan terbang esok pagi. Dan tak ada penerbangan selepas pukul 10 malam
|
 |
Kena naik tingkat 4
|
 |
Round-round kedai. Semua dah tutup
|
 |
Yang peliknya lif berfungsi 24 jam. Padahal airport tutup pukul 10 malam
|
Masalah Tidak Boleh Tidur Di New Chitose Airport
Mulanya tiada masalah berada dalam bangunan New Chitose Airport sehingga jam 10 malam. Sehinggalah terdengar pengumuman yang tiada siapa dibenarkan berada di mana-mana bahagian ruangan legar atau laluan dalam airport sama ada orang tempatan atau pelancong yang menunggu penerbangan keesokan harinya. Baru kami tahu bahawa tiada penerbangan melebihi jam 10 malam di bumi Hokkaido ini.
 |
Pusat spa. Masa tengah duduk sini tiba-tiba staf spa datang cakap hanya pelanggan sahaja boleh duduk. Terpaksalah keluar dan duduk di pondok luar spa
|
 |
Dua orang atas kerusi tu ialah lelaki mat salih. Diorang pun terpaksa naik tidur atas ni. Kalau tak memang aniaya wei tak dapat tidur.
|
Bukan kami sahaja yang terkejut. Ramai lagi pelancong luar termasuk mat salih yang menunggu penerbangan esok pagi digesa oleh pihak sekuriti untuk tidak berlegar dan tidur di kawasan lapangan terbang. Kami diberi pilihan sama ada pergi menginap di hotel lapangan terbang atau berada di pusat spa di tingkat empat yang dibuka 24 jam. Tak cukup kaki kami nak lari dari sekuriti yang tegas untuk tidak membiarkan mana-mana pelancong tidur di kawasan airport.
Memang taklah kami nak menginap di hotel sebab harganya mencecah puluhan ribu yen. Rasa rugi nak habiskan duit beberapa ratus sekadar untuk tidur beberapa jam Nasib baiklah ada pondok rehat depan pusat spa. Masa itu dah lebih pukul 12 malam dan tak ada lagi pihak sekuriti mengawasi tempat. Aku, kembar dan beberapa pelancong lain akhirnya boleh tidur di pondok depan pusat spa ini tanpa sebarang masalah.
Yang peliknya, balai berlepas untuk pelepasan antarabangsa dan domestik juga hanya dibuka pada ham 6.00 pagi! Memang agak pelik rupanya sistem lapangan terbang New Chitose Airport ini. Tak bebas macam KLIA dan KLIA 2. Semua kedainya juga mula tutup pada jam 10 malam. Langsung tak ada kemeriahan seperti lapangan terbang lain.
Sistem New Chitose Airport yang tak membenarkan pelancong tidur secara bebas di ruangan airport dan kedai-kedai yang ditutup pada jam 10 malam membuktikan orang Jepun ini benar-benar berdisiplin dan amat menjaga standard piawaian perkhidmatan.
 |
Ruangan check in buka pukul 6 pagi
|
 |
Perempuan chinese jaket pink ni orang perlis menetap di penang. Dia pun sama macam kami semalam terpaksa merempat dan kena halau. Haha..Kita orang berborak panjang semalam. Rupanya kami bertolak dan balik pada hari yang sama.
|
 |
Pemandangan dari departure hall. Masa ni suhu -16 darjah celcius. Sebelum masuk departure, kami sempat jalan-jalan luar airport nak merasa suhu - 16 tanpa jaket winter.
|
 |
Thanks Air Asia X. Denganmu kami berjaya jejakkan kaki ke bumi Hokkaido.
|
MAKA DENGAN INI, TAMATLAH 8 EPISOD CERITA KEMBARA KEMBAR SAPPORO 7 HARI 6 MALAM. YEHAAA..!
Episod Penuh Kembara Sapporo Selama Seminggu
Baiklah, untuk
episod penuh dari hari pertama sehingga hari ketujuh musafir kami di
bumi Sapporo, boleh klik untuk baca mengikut episod. Maaf, penulisan
agak panjang sebab aku selesa cerita mengikut perjalanan hari.
-
-
-
-
-
-
-
-