Aku dan kembar bercadang untuk check-out dari Hotel Flamboyan sebelum tengah hari. Kami  bangun seawal 5.30 pagi untuk mandi, solat Subuh dan kemudian keluar sekali lagi untuk jalan-jalan sekitar Perkampungan Dieng Plateu menikmati suasana pagi.

Laman Web Flamboyan Homestay : http://www.flamboyandieng.com/index.html

Pagi di Dieng Plateu, selain menikmati cuacanya yang sejuk, kami dapat lihat penduduk kampung mula sibuk ke kebun masing-masing untuk aktiviti bercucuk tanam dan budak-budak yang naik motor dan bas untuk ke sekolah.



Para petani dari kalangan kaum lelaki ke kebun masing-masing


Keadaan pagi yang masih sunyi

Nampak tak gunung yang dilitupi awan tu? Itu ialah Gunung Prau, salah satu tempat hiking

Entah tanaman apa diorang tanam



Tengah seronok jalan-jalan, tiba-tiba ada bas tempatan lalu. Kami pun apa lagi! Terus sekat bas tu dan naik.

Comel jer bas.Haha!

Masa naik atas bas, kami terkejut jugak sebab ramai budak sekolah jer. Kami tak berminat nak tanya banyak soalan dekat supir bas tentang ke mana bas ni akan lalu. Kalau tanya banyak pun, bukan tahu nama-nama tempat pun. Haha!

Bas ni tak pergi jauh. Cuma sekitar kawasan Dieng Plateu saja. Mulanya kami sangka bas ini akan lalu ke Telaga Biru yang katanya terletak di perkampungan Dieng Plateu. Bila tanya supir bas itu, rupanya bas ini tak lalu ke Telaga Biru

Kami cuma sempat bertanya arah bagaimana nak ke Telaga Biru. Tak lama kemudian, kami pun turun daripada bas, kemudian singgah ke kedai untuk beli meggi mee sedap, minuman dan makanan-makanan lain untuk sarapan. Pagi-pagi dekat sini bukan macam di Kuala Lumpur, senang je nak dapat makanan untuk sarapan. Nasib baik jugak la ada kedai yang buka. Boleh juga beli meggi mee sedap!


Malu-malu pulak budak ni orang nak ambil gambar


Ok yang ni sebenarnya aku saja nak capture gambar asap rokok. Haha!

Di bilik hotel, kami sarapan dulu dengan apa yang ada. Kemudian, kami mandi dan kemas semua barang dan pakaian ke dalam beg. Kami rancang nak check-out awal sebab kami nak singgah ke Telaga Biru sebelum naik bas pulang semula ke Stesen Keretapi Purwokerto. Dari hotel ke Telaga Biru, kami perlu jalan kaki lebih kurang 1 km. Tak jauh pun...tapi penat juga sebab terpaksa bawa sekali backpack yang berat.

Agak biru juga la tasik nye...

Ramai remaja Indonesia. Kebanyakannya datang ke sini sebagai pelancong tempatan

Yang ni kita orang dah keluar dari kawasan Telaga Biru dan patah balik ke jalan utama untuk ambil bas

Telaga Biru ni memang salah satu destinasi wajib kalau korang ke Dieng Plateu. Bayaran masuk akan dikenakan tapi jangan risau sebab tak mahal. Murah saja..Dalam tu ada kemudahan tandas dan di luar pintu masuk ada banyak gerai makanan. 

Kami jalan kaki sampai ke jalan utama untuk ambil bas pulang ke Stesen Keretapi Purwokerto. Masa sampai tu kami tengok sudah ada bas yang sedang menunggu. Apalagi...kami pun naik dan Alhamdulillah..ada tempat duduk walapun agak ramai yang naik terutamanya para pendaki Gunung Prau yang kebanyakannya warga Indonesia sendiri.

Waktu ini dalam pukul 1.00 tengah hari sudah..

 Perlu diingatkan....!

Untuk pulang ke Stesen Keretapi Purwokerto, perlu tukar bas sekali lagi di sebuah tempat yang aku dah lupa nama tempat tu. Lupa nak catat dalam buku nota kembara. Haha...!


Anda boleh ingatkan supir bas untuk berhenti di tempat untuk ambik bas kedua. Kebanyakan drebar bas memang tahu sebab ramai orang akan turun dekat tempat tu nanti.

Bas pertama ini akan melalui sebuah pasar


Sebelum naik bas kedua ke Stesen Keretapi Purwokerto, kami singgah makan dulu sebab lapar sangat. Lagipun, bas kedua yang akan ke Stesen bas Bulupitu ambil masa yang agak lama untuk sampai iaitu dalam 2 jam.

Tambang bas juga tak mahal. Kurang dari RM10...kalau tak silap dalam RM6 convert duit RM. Kami ambil tempat duduk paling depan sebab plan nak ambil video waktu dalam perjalanan.

Kami ambil masa untuk berehat lebih lama dalam bas. Keadaan jalan raya yang tak elok menyebabkan bas selalu saja bergegar.





Sebaik saja sampai di Stesen Bas Bulupitu, kami terus ambil angkutan untuk ke Stesen Keretapi Purwokerto. Kami beli tiket bas ke Malang dan train akan berlepas pada pukul 10 malam.


Memandangkan sampai agak awal, kami pun berehat di masjid berhampiran stesen sampailah waktu berlepas keretapi jam 10.00 malam. Kami sempat makan, selesaikan solat jamak dan qasar dan makan untuk mengisi perut.

Memandangkan tiket yang ada cuma kelas eksekutif, terpaksalah kami beli juga. Yang bagusnya ialah pemegang tiket eksekutif mempunyai bilik menunggu eksekutif yang berhawa dingin, ada tandas dan suis untuk mengecas. Tiada kerugian nampaknya di situ walaupun harga tiket agak mahal dalam RM120 seorang gitu...Hahaha!


Muka kembar dah penat dan mengantuk


Timbang berat beg. 12. KG....haha!!

Bilik menunggu Eksekutif. Selesa tau duduk di kerusi sofa tu


Lepas tu? Lepas tu tak ada apa nak cerita dah.Naik keretapi pun dah malam. Tunggu esoknya hari ke -4 hari kami tiba di Stesen Keretapi Malang.


By