TIBA DI STESEN KERETAPI MALANG

Setelah melalui perjalanan keretapi hampir 12 jam, kami tiba di Stesen Keretapi Malang pada jam 9.30 pagi. Sebaik keluar daripada stesen, tanpa membuang masa kami terus mencari angkutan untuk membawa kami ke Pasar Tumpang.

Keluar dari keretapi


Stesen Keretapi Malang merupakan stesen perhentian utama bagi para pendaki dari seluruh Indonesia yang merancang untuk mendaki ke Ranu Kumbolo dan Semeru. Maka tidak hairan kalau anda berjumpa dengan ramai para pendaki lain yang berjalan sambil mengangkut backpack masing-masing terutamanya dari kalangan Indonesia yang kebanyakannya datang secara berkumpulan.

Pasar Tumpang pula merupakan transit bagi kebanyakan para pendaki mendapatkan pengangkutan khususnya lori dan barang-barang keperluan memasak sebelum ke Ranu Pani. Pasar Tumpang juga penting kerana di sinilah para pendaki akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan pengesahan tahap keupayaan kesihatan sebelum mendaki.

Pembawa-pembawa beca yang siap menunggu penumpang

Kami berjaya mendapatkan perkhidmatan angkutan selepas mundar-mandir beberapa ketika di luar stesen. Perjalanan dari Stesen Keretapi Malang ke Pasar Tumpang tidak lama iaitu dalam 30 - 45 minit saja. Itupun kalau jalan tak berlaku kesesakan lalu lintas. 


Supir tengah bagi penerangan tentang pendakian di Ranu Kumbolo dan Semeru

Jalan raya agak sesak waktu pagi.

SETERUSNYA KE PASAR TUMPANG

Tak sampai sejam, kami pun tiba di Pasar Tumpang. Di sini ada beberapa pos atau rumah persendirian yang dijadikan persinggahan untuk menguruskan pengangkutan para pendaki ke Ranu Pani. Biasanya para pendaki sama ada yang baru sampai atau yang baru pulang dari pendakian akan berehat dahulu di pos untuk hilangkan rasa penat.

Aku dan kembar dibawa ke sebuah rumah persinggahan untuk berehat (tak kena bayar) sebelum urusan pengangkutan disediakan. Disebabkan pada hari kami tiba ini merupakan hari pertama pembukaan semula pendakian ke Semeru setelah ditutup hampir 8 bulan untuk memulihara ekosistem, jadi tak ramai sangat para pendaki yang baru tiba. Kami terpaksa tunggu lama supaya lori yang akan bawa kami ke Ranu Pani 'cukup kuota' . Maksudnya selagi kuota bayaran belum cukup bagi setiap kepala untuk sebuah lori, selagi itu kau terpaksa tunggu.

Agak buang masa di situ....

Sementara menunggu ' cukup kuota' lori, kami pun pergi buat pemeriksaan kesihatan di DINAS KESEHATAN KABUPATEN MALANG.

Kalau tak silap, di sini ada dua klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan. Kami agak cemas juga sebab klinik pertama yang kami pergi tutup. Kami berjaya cari sebuah lagi klinik kesihatan umum yang dibuka. Alhamdulillah...rasa syukur sangat-sangat. Sebab kalau terpaksa menunggu klinik kesihatan ini dibuka keesokan harinya, maknanya banyaklah masa yang akan terbuang.

Lagipun kami tak selesa sangat nak tinggal lebih lama di pos persinggahan di Pasar Tumpang ini sebab agak ramai orang luar yang keluar masuk. Malah bercampur lelaki dan perempuan dalam satu rumah. Memang tak begitu selesa keadaannya walaupun ada tilam dan tempat mandi yang korang boleh gunakan secara percuma.

Pesakit-pesakit lain di Dinas Kesehatan Kabupaten Malang

Pekerja kaunter klinik
Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan ini pun tak mahal. Murah saja sebab ini adalah klinik kesihatan awam. Pemeriksaan pun cuma yang  'basic' saja dan tak perlu tunggu lama. Lepas siap pemeriksaan, satu surat pengesahan kesihatan oleh doktor akan dikeluarkan. Surat ini yang kena simpan betul-betul sebab nanti surat ini yang akan ditunjukkan semasa pendaftaran mendaki di pos Ranu Pani. Kalau tak ada surat ini, tak boleh daftar dan tak boleh mendaki. Hahahha...!

Surat ini aku masih simpan lagi dalam buku kembara. Kenangan oiiii...!

Setelah berjaya dapatkan surat pemeriksaan kesihatan, aku dan kembar jalan-jalan di sekitar Pasar Tumpang untuk cari barang keperluan memasak seperti bawang putih, maggi, beras, sos, kicap dan lain-lain. Haha..nampak meriah kan? Memang meriah...but lastly aku rasa memang menyesal beli semua barang-barang ni. Sebab apa? Sebab yang kami masak dan makan cuma maggi mee sedap!

Pasar Tumpang

Ada kereta kuda tau kat sini

Baju-baju pun ada

Dah siap cari semua barang keperluan, kami pun pulang semula ke pos persinggahan. Kut-kut la lori dah bersiap nak bertolak. Alih-alih ' kuota' penumpang belum cukup lagi. Memang kami tengok tak ada pendaki pun yang sampai. Kalau ada pun mereka masih tunggu kawan-kawan mereka yang belum sampai. Aku dan kembar dah mula risau. Kalau tunggu lagi memang banyak masa yang akan terbuang. Lastly kami setuju menyewa sebiji lori khusus untuk bawa kami ke Ranu Pani.

Haha...! Melayang lagi duit...tapi tak adalah mahal pun sewa. Dalam RM100 gitu..Lagi bagus daripada terpaksa buang banyak masa. Silap-silap kena tunggu sampai keesokan hari. Tapi tak boleh nak salahkan tuan lori jugak sebab hari tu memang pendaki belum ramai. Gunung Semeru pun baru saja sehari dibuka semula untuk pendakian. Kiranya kami sampai ni pun 'on time' jer tanpa mengetahui yang jalur pendakian telah ditutup selama 8 bulan! Alhamdulillah...syukur sangat masa ni.





BERTOLAK KE RANU PANI

Dalam pukul 2.15 petang, kami pun bertolak dengan lori yang di bawa oleh seorang pemandu lelaki dan seorang rakan lelakinya sebagai peneman. Mulanya kami takut juga sebab masa dalam perjalanan lori tu, supir tu boleh pulak berhenti minum kopi kat warung tepi jalan. Aku dan kembar tak ikut sekali minum walapun diorang ajak. Kita orang stay atas lori sampai diorang selesai.

Memang seronok sangat terutama bila dah masuk kawasan pergunungan. Angin rasa sejuk sangat. Mula-mula kami duduk di bahagian belakang sebab nak ambil feel naik lori. Tapi tiba-tiba hujan turun pulak dan terpaksalah kami duduk di bahagian pemandu. Ermmmm....

Masa ni masih di Pasar Tumpang. Lori baru nak start jalan

Kemas beg kasi mantop

Posing jap atas lori


Sebelum pukul 5.00 petang kami sampai dengan selamatnya di Ranu Pani. Walaupun dalam perjalanan tiba-tiba hujan, tapi itu semua menambahkan lagi keindahan pemandangan di sekitar pergunungan. Cuaca pun sedap je...sejukkkk jer rasa...

Tempat ni namanya Ayek-Ayek

Kalau ada transport khas boleh sewa dan turun ke Ayek Ayek

Gunung yang merekah. Agak-agak zaman dulu pernah turun larva gunung berapi ke?


RANU PANI

Masa kami sampai di Ranu Pani, belum ramai lagi pendaki yang kelihatan. Di Ranu Pani ini sebenarnya ada bilik yang boleh disewakan. Kami ada juga tengok keadaan bilik dan bayaran pun agak murah. Tapi, akhirnya kami pilih untuk berkhemah saja berhampiran sebuah pondok peninggalan atas bukit. Memandangkan masa itu, ada beberapa pendaki yang berkhemah dalam pondok itu, dapatlah kami tumpang sekaki.

Ranu Pani ini ada semua kemudahan termasuk tandas dan bilik mandi yang airnya sejuk sangat. Restoran makanan pun ada. Cuma pilihan makanan tak banyak. Paling-paling pun ada bakso, nasi pecel, indomie dan lain-lain. 

Lepas mendirikan khemah, kami pun ambik peluang untuk jalan-jalan di persekitaran dan nikmati pemandangan. Rasa aman sangat suasana kampung Ranu Pani ni. Pemandangan pun cantik. Ada pelbagai jenis tanaman dan bunga-bunga berwarna kuning. Kami juga sempat makan nasi pecel dan nikmati minuman panas sebelum malam menjelang.

Ada tasik tapi dah lupa apa nama tasik ni

Laluan yang tak tahu menghala ke mana.


Tengah berehat sebab penat sangat!


Kabus tebal sebab baru lepas hujan



Salah satu kenderaan 4x4

Para pendaki yang baru sampai

Restoran


Makan dulu..lapar sangat pekena nasi pecel dulu


Waktu ni dah pukul 6.00 lebih dah...

Malam tu aku dan kembar berehat dengan tenang dalam khemah yang dibangunkan dalam sebuah pondok terbiar. Atas bukit lagi tau. Memang malam tu sejuk sangat-sangat sampai kita orang terpaksa pakai baju winter. 

Dalam pondok tu ada beberapa lagi pendaki yang berkhemah termasuk lelaki dan perempuan. Tapi Alhamdulillah...semua keadaan terkawal dan tak ada perkara meragukan berlaku.

Kami tidur sebaiknya sebab esok dah nak mulakan pendakian ke Ranu Kumbolo


By