Hari ke - 5 di Timur Tanah Jawa, Indonesia.


Hari ini kami akan memulakan pendakian ke Ranu Kumbolo. Sebelum subuh lagi kami bangun persiapkan diri dengan mandi dan mengemas segala kelengkapan untuk dibawa bersama dalam cabaran ini.


Subuh di Ranu Pani. Masa ni tengah tunggu si kembar sorang lagi mandi


Permulaan pendakian dari Ranu Pani bermula dalam pukul 8.00 pagi. Tapi sebelum itu ada beberapa perkara perlu diuruskan seperti pendaftaran ahli kumpulan dan bayaran.

Masing-masing sibuk dengan urusan pendaftaran



Untuk pengetahuan anda, pendakian ke Ranu Kumbolo dan Mahameru WAJIB secara berkumpulan. Paling kurang kalau tak silap ialah 3 orang dalam satu kumpulan. Tidak dibenarkan sama sekali mendaki secara solo kerana dibimbangi berlaku kemalangan. Bukanlah bermakna kalau secara berkumpulan tu tak berlaku kemalangan. Means that, in case kalau berlaku kemalangan pun, ada ahli kumpulan yang akan menyedarinya dan membuat laporan untuk mendapatkan bantuan.


Sebenarnya memang ada lebih daripada 10 kes kematian akibat kemalangan para pendaki di jalur pendakian ini. Malah ada yang hilang tak ditemui. Hanya papan tanda nama mangsa sebagai peringatan. Kalau anda datang sini, bolehlah lihat nama-nama mangsa hilang dan meninggal. Ada juga nama dari kalangan pelancongan asing .

Ini ler empat orang ahli kumpulan Indonesia yang aku dan kembar joined. Lupa dah nama diorang. Hehe..


Ok, untuk bayaran pula, memang mahal terutama bagi pendaki Bukan Rakyat Indonesia. Masa kami pergi tahun 2014, bayaran lebih kurang dalam RM75 seorang. Jadi kalau dua orang dalam RM150 duit Malaysia. Pastikan bawak duit secukupnya sebab tiada mesin ATM di Ranu Pani ok!


Selesai urusan pendaftaran nama ahli kumpulan dan bayaran yuran, aku, kembar dan 4 lagi ahli kumpulan terdiri daripada belia Indonesia mulakan pendakian pada jam lebih kurang 8.00 pagi. Dalam hati penuh riang dan gembira. Aku dan kembar mula membayangkan pemandangan indah danau Ranu Kumbolo di hadapan mata. Yahoooooo!

Lelaki yang pakai topi mulakan pendakian dengan bacaan doa memohon kepada Allah s.w.t supaya semuanya selamat

Inilah pintu masuk jalur pendakian. Wajib bergambar sini sebagai tanda " I was Here"

Aku dan kembar sempat meneruskan perjalanan bersama-sama ahli kumpulan dalam satu jam pertama pendakian. Mula-mula tu perjalanan agak landai kerana cuma lalui kebun tanaman penduduk kampung.

Rupanya, makin lama makin memenatkan. Tambahan lagi, geng Indonesia ni jalan agak laju. Lastly, lebih kurang sejam lepas tu, aku dan kembar minta diorang jalan dulu dan tinggalkan kami. Sebenarnya diorang memang sabar dengan kami walaupun kadang-kadang kami minta nak berehat. Diorang akan berhenti. Tapi, dalam hati rasa macam bersalah pula sebab sebenarnya diorang rancang nak tiba di Ranu Kumbolo sebelum jam 1.00 petang.

Akhirnya, kami teruskan perjalanan secara berasingan. Sebelum mereka tinggalkan kami lebih jauh, mereka dah bagi siap-siap jalan mana yang kami mesti ikuti. Dibimbangi kalau salah pilih jalan nanti boleh tersesat pula.

Aku dan kembar pun ikut laluan berdasarkan panduan yang diberi.


Papan tanda di setiap pos. Nampak tak berapa kilometer dari Ranu Pani ke Ranu Kumbolo? 10.5 km..Nampak tak nampak tak?


Makin jauh pendakian, makin tinggi naik, makin tak ada apa yang boleh dilihat kecuali kabus yang menyelubungi dan menemani pendakian. Kadang-kadang boleh nampak awan lalu di depan mata. Cuaca pun semakin sejuk dan udara makin tipis. Lalat pun ada. Itu yang kami pelik. 

Tak banyak gambar yang diambil sepanjang pendakian kerana kiri dan kanan cuma dikelilingi hutan. Kadang-kadang sebelah kanan hanya hutan dan sebelah kirinya pula gaung. Kena lebih berhati-hati di situ. Tak boleh nak selfie-selfie sangat.

Hutan dan kabus. 







Rasanya lebih daripada 10 kali kami berehat untuk melepaskan lelah sepanjang pendakian. Memang penat luar biasa sebab ini ialah pendakian kali pertama seumur hidup pernah dilakukan. Setiap kali berhenti berehat, kami ambil masa antara 15 - 20 minit.

Tak hairanlah kalau kami tiba di danau Ranu Kumbolo ini lebih lambat dari geng-geng Indonesia. Kami tiba lebih kurang dalam pukul 1.30 petang. 

Masa kami tiba di Ranu Kumbolo, geng ahli kumpulan Indonesia yang kami joined tu dah siap buat khemah pun.

Akhirnya, setelah mendaki hampir lima jam lamanya, dalam keadaan yang penat dan perasaan ingin berputus-asa, akhirnya, berjaya juga kami nikmati pemandangan tasik ini dari jauh. Dalam hati berbisik, Subhanallah..!

Inilah Ranu Kumbolo yang tenang, cantik, indah dan mempunyai pemandangan yang mempesonakan.

Masa kami tiba ni, udara dingin saja kerana baru lepas hujan.



Tapak perkhemahan di hujung sana

Nak kena turun bukit sikit lagi dan jalan lagi ke tapak perkhemahan



Dalam hati rasa tak sabar nak mendirikan khemah dan berehat sepuas-puasnya. Perut pun dah lapar. Kami terus saja cari tempat yang sesuai untuk dirikan khemah.

Ada ramai juga pendaki-pendaki lain termasuklah yang akan meneruskan pendakian ke Semeru. Semua akan bermalam untuk satu malam di Ranu Kumbolo.

Lebih kurang jam dua petang, aku dan kembar berhasil berehat dalam khemah. Kami nikmati pemandangan sekeliling yang sungguh mendamaikan.




Sebelum memasak, kami bersihkan diri dulu dengan mandi air tasik dan 'membuang' apa-apa yang tidak diperlukan oleh badan. Untuk pengetahuan, pendaki sama sekali tidak dibenarkan mandi dan berenang di tasik untuk memelihara kebersihan air tasik.

Sebab dengan air tasik inilah, para pendaki akan gunakan untuk memasak dan ada juga yang minum. Untuk aktiviti cuci bekas-bekas makanan, sabun tidak dibenarkan sama sekali. Kalau nak guna sabun juga, sediakan baldi kecil untuk ambil air tasik dan bilas bekas-bekas yang korang basuh pakai sabun tu atas tanah jauh-jauh skit dari tasik.

Kalau nak mandi pun sama juga. Tidak boleh berendam dan mencemarkan tasik dengan buih sabun. Macam-mana nak mandi. Pandai-pandai sendiri sebab malas nak cerita. Aku dan kembar pun mandi ala kadar je sekadar nak bersihkan diri sebelum tidur malam. Al-Maklum ler..dah setengah hari hiking, tentu nak segarkan diri dengan mandi kan..

Untuk aktiviti ' membuang' sisa dalam badan yang tidak diperlukan pula, ada ' tandas' disediakan di sini. Tapi 'tandas' kat sini bukan macam tandas yang ada lubang jamban dan air paip yang orang boleh flush tu. Hahahah...

Tandas kat sini cuma ditutup dengan kanvas di bahagian depan, kiri dan kanan. Bahagian belakang memang terbuka habis. Begitu juga bahagian atas. Lubang najis pula, telah digali dalam-dalam oleh pihak pengurusan tempat ini. 

Najis yang dibuang akan masuk ke dalam lubang itu. Jadi, masa membuang tu, ada sikit la bau campuran najis korang dan najis orang lain. Kena standby bawa penutup hidung. Untuk membasuh tuttttttt...kena bawa air siap-siap yang diambil dari tasik. 

Jadi, kalau nak membuang, eloklah bawa teman sorang untuk menjadi penjaga tandas. Heheh.. Sebab masa korang duduk mencangkung tu, memang orang tak nampak kau dah. Kalau sorang-sorang, nanti ada orang tersilap masuk pulak masa korang tengah membuang. 

Masa kita orang pergi ni, ada dua 'tandas' je disediakan. Agak jauh juga dari tasik. Memang agak penat sebab nak bawa air dari tasik satu hal. Tapi, terpaksalah membuang juga untuk keselesaan hari.

Inilah dia pemandangan dari bilik membuang yang agak jauh dari kawasan tasik dan perkhemahan, Belakangnya ialah bukit
Khemah kami

Sebelum pukul 7.00 malam, kami bersedia untuk memasak dengan bekalan yang ada. Rancangan awal sebenarnya nak makan nasi. Tapi, malangnya nasi yang kami masak tak menjadi. Entah kenapa macam lama sangat masa yang diambil untuk memasak. Padahal kami dah mula masak nasi tu sejak pukul 4.00 petang lagi. 

Botol air mineral yang sejuk macam botol air mineral yang baru dikeluarkan dari peti ais


Mungkin sebab cuaca sekeliling yang sejuk melambatkan proses nasi untuk masak. Masa tu, kami memasak dalam khemah untuk hangatkan khemah kami yang sejuk. Suhu masa tu dalam 15 - 16 darjah celcius. 

Nasi yang tak menjadi nasi

Bila lama sangat tunggu nasi tak juga masak, akhirnya terpaksa kami tukar plan dan masak saja meggi mee sedap. Masa itu, dah pukul 7.00 petang. Kami masak tiga bungkus mee dan campur telur.

Sedapnya memang luar biasa bila makan dalam keadaan lapar dan suhu udara yang sejuk. Kami nikmati meggi mee sedap penuh berselera. 

Meggi Mee Sedap campuran pelbagai perasa. Sedap!


Memandangkan tak ada apa-apa yang boleh dibuat, kami berkeputusan untuk tidur awal sebab esok dah nak pulang semula ke Ranu Pani. Kena hiking sekali lagi. Dalam hati masa tu fikir, Ah!..Malasnya nak balik semula sebab kena hiking dan berpenat sekali lagi...


By