2 Oktober 2018

Jam 6 pagi aku dah bertolak ke KL Sentral naik bas Rapid KL dari rumah. Train ETS ke Padang Besar akan bertolak pada pukul 7.00 pagi.

Train ETS bertolak tepat pada pukul 7.00 pagi. No delay delay ok. 

Aku dapat tempat duduk sebelah tingkap tapi tak berapa nak best sangat sebab kena duduk sebelah seorang lelaki ni. Aku rasa dia lawyer sebab aku tengok dia pakai kot hitam smart macam gaya lawyer dan bawak fail mahkamah. Tapi nasib aku betul-betul bertuah sebab dia turun masa sampai di  station Ipoh. Jadi, dari station Ipoh sehingga ke Padang Besar, tak ada penumpang lain dah yang masuk duduk tempat itu. Rasa seronok pulak dapat duduk sorang-sorang selama lebih kurang 3 jam seterusnya.

Jam 12.45 ETS tiba di stesen terakhir iaitu Stesen Padang Besar. 

Mula-mula sampai stesen tu aku macam blur sekejap seperti rusa masuk Kampung Baharu. Aku tertanya-tanya juga dalam hati mananye tempat nak naik keretapi tingkap terbuka dari Padang Besar ke Hadyai yang diceritakan oleh orang lain kononnya best sangat tu?

Malas nak blur lama-lama sangat dan demi tak nak buang masa, aku pun terus je terima lamaran salah seorang pemandu van kat situ yang cari rezeki bawak penumpang dari Padang Besar masuk ke sempadan Thailand. Tak dapat merasa naik keretapi tingkap terbuka pun tak apalah. Yang penting aku tak buang masa lama-lama sangat untuk tunggu jadual tren seterusnya.

Info :
  • Jadual train dari Padang Besar ke Hadyai ada 2 trip iaitu 9.55 pagi & 3.40 petang
  • Jadual train dari Hadyai ke Padang Besar ada 2 trip iaitu 7.30 pagi & 1.00 petang

Pemandu van lelaki itu cuma mintak bayaran RM20 sekepala untuk perjalanan kira-kira satu jam dari sempadan imigresen Padang Besar ke bandar Hadyai. Dia boleh cakap dalam Bahasa Melayu. Pemandu akan bawa dan tunggu sekali sehingga kita selesai cop pasport untuk masuk sempadan. Yang penting dapat cepat sampai ke bandar Hadyai sebab aku nak kena kejar naik bas ke Krabi pulak.

Tapi ingat! Korang kalau nak duit selamat lebih baik tunggu sampai Hadyai dulu baru bayar. Takut bayar awal-awal nanti kemungkinan ada pemandu van yang lari masa kita tengah beratur cop pasport kat imigresen Thailand. Tak ke aniaya diri sendiri tu. huhu...

Masa sampai di Stesen ETS Padang Besar. Kat sini korang boleh pilih sama ada nak naik van atau terus turun ke tingkat bawah untuk cop pasport dan tunggu ketibaan train tingkap terbuka seterusnya. Aku tak cop pasport kat stesen keretapi sebab aku ambil van dari Padang Besar. Pasport akan di cop kat pejabat imigresen Thailand bagi laluan lain-lain kenderaan.


Beratur masa nak cop pasport di imigresen Thailand.

Naik Bas Dari Bandar Hadyai Ke Krabi. Enam Jam Perjalanan

Aku minta pemandu van hantar terus ke stesen bas bandar Hadyai. Semasa sampai di stesen bas Hadyai, tiba-tiba aku nampak mesin ATM bank siam. Timbul perasaan nak menguji pengaktifan kad atm luar negara yang aku dah aktifkan sehari sebelum itu. Macam la pertama kali buat..Bukan apa cuma risau duit tak cukup.

Aku cuba keluarkan 500 baht. Caj servis pengeluaran agak tinggi iaitu 220 bhat. Dalam RM28 duit kita. Mahal siot..haha..nak test punya pasal rugi duit aku padahal duit dalam tangan dah ada dalam 3,300 Baht.

Aku beli tiket bas ke Krabi di kaunter tiket bas. Harga tiket 162 Baht dan bas akan bertolak pada jam 2.40 petang.

Bas ke Krabi. Walaupun destinasi di tulis Hadyai - Phuket, itu hanyalah nama stesen perhentian terakhir. Bas akan melalu bandar Krabi juga untuk turunkan para penumpang

Muka relief dapat beli tiket bas
Selfie sekeping dua sebelum bas bertolak ke Krabi City


Tiba Di Bandar Krabi Jam 8.00 Malam

Jenuh juga melalui perjalanan bas hampir enam jam lamanya. Hujan turun renyai-renyai semasa perjalanan di siang hari. Pukul 6.00 petang kat Thailand pemandangan sudah gelap seperti waktu malam.

Masa atas bas dekat-dekat nak sampai tu, beberapa kali aku cuba tanya pembantu bas supaya tak terlepas stesen perhentian. Sebabnya aku rasa lama sangat perjalanan. Kalau mengikut info yang aku baca sepatutnya dalam 5 jam perjalanan sahaja.Termasuk dengan berhenti di RnR selama kira-kira 20 minit. Tambahan lagi keadaan terlalu gelap dan jam hampir pukul 8.00. Pembantu bas pulak sepatah haram tak faham aku cuba cakap dalam Bahasa Inggeris. Susah betul dia nak respond aku last-last dia blur nak jawab dia blah ke bahagian pemandu macam tu je..Haha..

Aku pun beralih tanya kepada penumpang yang duduk sit sebelah. Masa tu dah dalam pukul 7.40 malam. Dia faham sikit-sikit English dan dia cakap next station baru sampai bandar Krabi. Aku pun haaa...OK..Thanks her and felt so relief at that time.

Rupanya tak ada stesen bas utama untuk turunkan penumpang. Diorang hanya turunkan penumpang di tepi jalan. Macam mana la aku tak konfius dan risau.

Tapi nasib baik aku rajin bertanya. Kalau tak mesti dah terlanjur sampai ke Phuket.

Check In Hotel Ban Mai Mansion

Mujurlah pemandu bas turunkan penumpang dekat kawasan persimpangan berhampiran dengan hotel Ban Mai Mansion.

Mulanya aku ingat nak terus ambil tuk tuk ke Ao Nang Beach. Tapi memandangkan hari sudah malam dan aku berseorangan, rasa takut juga nak ambil risiko. Jadi, aku check-in hotel yang paling dekat. Melilau jugak la sekejap semata-mata nak cari hotel lain yang best-best. Dekat 20 minit aku tinjau kawasan berdekatan. Hotel Ban Mai Mansion inilah satu-satunya opsyen yang aku ada. Nak jalan kaki jauh semata-mata nak cari hotel malam-malam begini terasa seperti membuang masa sahaja. (ayat skema)

Harga Hotel Ban Mai Mansion untuk semalaman cuma 500 Baht (dalam RM64). Ada wifi, TV, bilik mandi beserta tandas dalam bilik. Aku pilih bilik yang ada dua katil. Senang nak campak beg pakaian. HAha..

Nama hotel Ban Mai Mansion ni kalau kau Google memang tak jumpa. Aku pun pelik jugak selalunya nama-nama hotel mesti termasuk dalam enjin pencarian Google. Tapi yang ni tak ada pulak. Entah betul ke salah ejaan aku tak pasti. Tapi memang aku dah double check masa hantar Whatsapp report untuk adik beradik aku yang masa tu berada jauh di mata..Huhu..

Bilik yang bagi aku ok. Yang penting tak ada hantu yang tindih aku masa tengah tidur sesorang malam-malam. Ataupun bunyi suara bayi menangis. Malam pertama di bandar Krabi aku tidur dengan perasaan aman. Alhamdulillah...


Ok, itu saja untuk episod kali ini tentang Kembara Solo Krabi & Hadyai. Untuk episod penuh korang boleh klik baca link di bawah :


1. Ringkasan Percutian Solo Krabi & Hadyai

2. Hari Pertama : Masuk Hadyai Menerusi Padang Besar

3. Hari Kedua : Jalan-Jalan Di Bandar Krabi & Ao Nang Beach

4. Hari Ketiga : Berkejar Ke Hadyai & Misi Makan-Makan

5. Hari Keempat : Jalan-Jalan Hat Yai

6. Hari Kelima : Balik KL Dari Hat Yai



By