Pukul enam petang kami check-out Lucky 3 Hotel. Waktu standard check-out hotel biasa antara pukul 11 hingga 12 tengah hari. Tapi disebabkan tak tahu nak lepak mana kalau check-out awal dan malas nak pikul ke hulu ke hilir begpack yang berat, so untuk baki enam jam berikutnya kami bayar extra 15 USD. Settle problem..heheheh.

Sebelum keluar hotel, kami sempat solat jamak dan qasar untuk Maghrib & Isyak. Waktu solat fardhu Maghrib Hanoi awal dari waktu Malaysia iaitu pada pukul 5.34 petang (Kat sana dah kira malam)

Stesen Keretapi Ga Ha Noi untuk ke Stesen Lao Cai 

Mula-mula tak ramai sangat penumpang yang menunggu. Dalam pukul 8.30 malam, penumpang pelbagai negara mula memenuhi bilik menunggu GATE NUMBER 6. Mat Salih dan Minah Salih paling ramai. Kami sempat berbual dengan sepasang Indonesian Travelers. Mula-mula tu kami speaking sebab ingatkan diorang ni Filipinos.

Ada juga traveller yang dah berusia dan jalan hampir bongkok. Bersemangat betul tengok diorang ni dah berusia lanjut pun masih semangat nak travel. 

Bilik menunggu Gate No. 6

Dua traveller wanita yang dan berusia. Jalan hampir bongkok

Tiket sebenar keretapi Pumpkin Train

Koc Sleeper Train (Pumpkin)

Dalam koc empat orang ini, kami bersama pasangan traveler dari Sepanyol. Asalnya katil kami di bawah. Tapi untuk lebih selamat dan selesa, kami tukar sukarela. Lagipun, saiz diorang ni tinggi-tinggi. Tak sesuai duduk katil atas sebab atap keretapi pun bukannya tinggi. 

Secara keseluruhan, koc Pumpkin ni agak selesa. Ada ruang letak beg bagi katil atas. Tandas juga selesa sebab ada saluran paip dan cermin. 

Sebelum keretapi tiba di Stesen Lao Cai ada jam 5.45 pagi, kami sempat solat subuh jam 5.30 atas katil masing-masing.

Sampai di Stesen Lao Cai. 

Jarak dari stesen keretapi Lao Cai ke Sapa kira-kira 40 km. Keluar saja dari stesen keretapi, pemandu van bersedia mengambil penumpang. Kebanyakan penumpang akan ke Sapa. Tapi ada juga penumpang yang akan mengambil van ke Bac Ha.

SCAM SCAM SCAM!

Yang ini kena TAKE NOTE.

Pastikan betul-betul yang van diambil tu akan bawa anda terus ke Sapa tanpa perlu melalui Bac Ha. Sebab ada juga pemandu yang tamak dan mengambil kesempatan ke atas pelancong. 

Harga tambang van terus ke Sapa sebenarnya cuma 30,000 VND (RM6.00). Tapi kalau silap naik van, pemandu akan bawak penumpang yang nak ke Bac Ha dulu kemudian barulah ke Sapa yang akan merugikan masa pelancong yang nak ke Sapa selama 3 jam lebih. Bayaran yang diminta juga 6 kali ganda lebih mahal iaitu 200,000 VND (RM40.00).

Perkara ni terjadi pada kami. Kami dah tersilap bayar tambang van ke Bac Ha dahulu sebab pemandu tu tak bagitahu yang mereka akan ke Bac Ha dulu kemudian baru ke Sapa. Melayang duit kami masing-masing 170,000 VND.  Kami sempat tukar ke van yang dapat bawa kami terus ke Sapa dan tak perlu bayar kali kedua.

Melayang duit lebih baik dari melayang masa. Terkena juga SCAM buat pertama kali di bumi Vietnam ni. Hahaha...

Van sudah sedia tunggu untuk bawak ke Sapa Village

Kami sampai di pekan Sapa dalam pukul 8.30 pagi. Sebaik sampai, kami bukan main suka lagi sebab cuaca bukan main sejuk lagi. Wap asap pun berkepul-kepul keluar dari mulut. Hehehe..

Kami menginap di Linh Trang Hotel. Harga penginapan murah cuma 10 USD (RM45) - Aku tak cadangkan anda menginap di hotel ni sebab :

😞 Lantai bilik sejuk. Mengigil sepanjang masa

😞 Selama 3 hari menginap, hanya 3 kali pemanas air berfungsi untuk mandi dalam cuaca yang sejuk

😞 Owner hotel tak jujur dari awal sebab tak bagitahu kami yang air mineral bukan percuma. Bila nak check-out baru dia suruh bayar air yang pelanggan minum. Kami bergaduh teruk masa nak check-out pasal terkejut tetiba kena bayar air mineral 50,000 VND (RM10.00).Walaupun murah, tapi cara dia berkeras suruh kami bayar sangat kurang ajar sampai nak tendang dan lempar mangkuk sup pada kami.

Nampak tak Linh Trang Hotel yang bertingkap kaca tu? Jangan menginap situ sebab their service is really really bad

Hari Pertama Di Sapa

Sebaik saja check-in hotel, kami terus je keluar untuk nikmati pagi pertama di Sapa. Memandangkan semalam tidur elok je atas keretapi, jadi kurang kepenatan dan mengantuk.





Budaya abang pikul adik atas belakang ni pemandangan biasa di Sapa

Kaum H'mong akan keluar berpakaian tradisional mencari rezeki dengan cara menjual barang kraftangan

Dua-dua comel kan?

Ham Rong Mountain

Harga tiket masuk ke Ham Rong Mountain ialah 70,000 VND (RM14). Lokasi atas bukit ni memang luas dan agak memenatkan sebab kena mendaki banyak anak tangga. Hampir tiga jam masa dihabiskan untuk explore tempat ni.

Kena standby bawak air siap-siap supaya tak dahaga masa menaiki tangga. Walaupun ada peniaga jual air mineral, tapi aku rasa harga akan mahal sedikit.

Ham Rong Mountain memang menarik dan antara lokasi pelancongan Sapa yang boleh dicadangkan. Ada taman bunga, binaan patung zodiak, dan formasi batu-batu yang menarik. Tapi agak memenatkan sebab kau kena mendaki banyak anak tangga. Sambil mendaki anak tangga, sambil-sambil tu boleh rehat sekejap ambik gambar ke ape ke...

Laluan sebelum ke pintu masuk Ham Rong Mountain


Pelantar ni untuk pelancong lihat pemandangan gunung tertinggi di IndoChina iaitu Gunung Fansipan (3,143 meter)
Banyak tangga nak sampai ke atas. Sekarang masa untuk turun. Ringan sikit beban bila turun tangga
Berebut-rebut orang nak bergambar kat sini

Akhirnya dapat turn bergambar kat sini. Sebenarnya malas nak bergambar. Tapi, kalau malas, sayanglah...haha

Sini kira dah sampai kebun lapang Ham Rong Mountain. Banyak bunga wana warni area sini. Kalau rasa semangat, terus je sambung naik ke atas. Lama lagi nak sampai puncak

Taman bunga cantik-cantik je

Suka tengok bentuk batuan bukit sekitar sini. Unik!

Ok..sini laluan selepas kebun bunga. Halfway nak sampai ke puncak

Kat atas ni ramai orang tempatan jual dan hasilkan bahan kraftangan.

Masing-masing nak bergambar sebab pemandangan cantik sangat

Anak tangga memang banyak. Kena slow slow naik supaya tak mudah penat

Lagi batu-batu unik. Cuba masuk kat celah-celah lorong batu untuk bergambar dan rakam video.

Ini kebun bunga juga dan terletak lagi tinggi dari kebun bunga sebelumnya

Ok..akhirnya bila dah penat, kami pun decide untuk turun. 

Tak puas lagi tengok pemandangan

Masa naik tadi tak perasan binaan naga ni. Bila turun baru perasan. 

Memandangkan badan dah penat sangat, kami pun turun balik ke hotel dalam waktu tengah hari. Kami balik tidur dan rehat secukupnya. Malam ini kami plan nak sambung keluar untuk rasai kesejukan Sapa pada waktu malam pula.

Rasa penat setelah panjang beratus anak tangga semasa di Ham Rong Mountain kami hilangkan semasa tidur di waktu tengah tengah hari dalam bilik hotel.

Sapa Pada Waktu Malam

Selepas selesai jamak dan qasar magrib dan isyak, kami bersiap-siap untuk keluar menikmati pemandangan dan rasai kesejukan Sapa pada waktu malam pula. 

Pukul 9.00 malam, kami keluar dari hotel dan jalan-jalan kawasan sekitar yang dekat-dekat sahaja. Malam di Sapa agak happening. 

Ramai anak muda keluar beraktiviti seperti minum minuman panas, bergambar. Ada juga yang bersukan walaupun dalam keadaan cuaca sejuk-sejuk.

Kalau nak shopping waktu malam pun boleh juga sebab banyak kedai-kedai cenderamata terutamanya kedai backpack dan baju winter.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada budak-budak dari kaum tempatan berpakaian tradisional yang akan dekati pelancong untuk jual hasil tangan seni mereka. Mereka ni kerja gigih sangat dari pagi sampai malam semata-mata nak cari rezeki. 

Restoran dan gerai makan pun banyak. Tapi memandangkan faktor halalan toyyiba, maka kami tengok ajelah orang lain makan. Bagi aku, kalau setakat nak lepak minum kopi panas Vietnam, memang tak ada masalah. 

Memandangkan malam tu, kami tak rasa nak makan atau minum dan shopping, masa yang diluangkan pada malam itu, hanyalah berjalan-jalan saja untuk rasai suasana sejuk tanah tinggi Sapa. 

Bersedia untuk keluar malam

Ingatkan keluar lambat, orang dah stop aktiviti. Rupanya masih happening lagi

Malam-malam peniaga jalanan masih cari rezki dalam suhu sejuk. 

Anak-anak muda bersukan malam-malam. Diorang main permainan lebih kurang sama macam sepak takraw. Cuma bola dia lain sikit. 

Kadang-kadang boleh tengok foreigners join orang tempatan main sama.

Sini area kedai dan tempat makan. Kebanyakan kedai jual winter jaket dan bagpack. Ada pasaraya mini yang jual barang makanan seperti coklat dan minuman

Sepanjang jalan ni memang meriah sangat

Seafood dan daging babi confirm bakar mix together. Memang tak berani nak makan. Jadi kita tengok ajelah orang lain makan ye..

Foreigners suka duduk makan dan minum street food area ni

Perempuan pun join sama orang lelaki bersukan

Ambil video je masa kat sini

Lampu warna warni buat tugu ni nampak cantik dan unik. Keterangan dalam bahasa Vietnam. Tak boleh nak faham keterangan tentang tugu ni

Ada fountain berwarna warni jugak

Sinilah hotel kami!

Sini area nak menghala ke tasik Sapa. Belakang sikit dari Hotel Linh Trang

Boleh lepak minum kopi Vietnam kat kafe. Jus buah-buahan pun ada. Bersebelahan dengan tasik

Anak muda lelaki perempuan turun padang memeriahkan suasana malam

Cantik giler lampu-lampu dan hiasan taman sebelah tasik ni

Cantik

Keterangan papan tanda tentang Sapa dalam bahasa inggeris dan vietnam

Ok..gambar ni sharp. Suka sangat

Gambar nana aku ambik tak cantik pulak. Haha

Fotografi pantulan kat sini cantik kalau guna kamera mahal

Pemadangan ala-ala kat Eropah gitu

Feeling feeling kat Eropah

Tercegat je dia ambil gambar

Aktiviti makan orang tempatan berhampiran sebelah tasik
Memandangkan esok kami akan berpagi-pagi untuk ke Cat Cat Village, maka kami berhenti setakat separuh area tasik saja.

Sebenarnya, kalau nak pergi sampai hujung tasik, memang boleh. Tapi, area sebelah belakang tu agak gelap. Lagipun tak ada apa sangat kat area hujung tasik. 

Yang happening dengan orang ramai dan ada lampu-lampu tu sekitar bahagian centre. Nasib baik juga kami pilih hotel area centre ni. Strategik jugak la hotel yang kami pilih tu.

Kalau pilih hotel area hujung-hujung tasik tu, tak berapa nak happening sangat. Kecuali kalau waktu siang, memang tak ada masalah. 

Memandangkan dah tak ada apa nak explore lagi malam-malam begini, kami pun decide untuk duduk-duduk sekejap depan tasik sebelum balik ke hotel.

Esok, kami akan ke Cat Cat Village.

Yahooo!

By