Pukul 5.30 pagi di Indonesia masih juga gelap. Kami mendapatkan Angkutan seawal yang mungkin untuk ke Terminal Bas Bulupitu. 


Bas pertama yang kami naiki dari terminal Bas Bulupitu bukanlah bas ekspres berhawa dingin yang menyelesakan perjalanan. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 6 pagi dengan menaiki bas Wonosobo. Pada awalnya, perjalanan kami agak selesa kerana tidak ramai penumpang.


Bas pertama yang kami naiki ke Dieng Plateu


Kami mengambil tempat duduk belakang berhampiran pintu. Mulanya kami menyangka tempat duduk itulah yang paling selesa. Namun, semakin lama, semakin ramai penumpang yang naik terutama warga tua dan pelajar-pelajar sekolah. 


Aku hampir-hampir menangis kerana terpaksa berhimpitan dengan penumpang lain dalam bas yang pendek dan sempit itu. Tambahan lagi, aku terpaksa duduk berhimpitan di sebelah seorang pakcik tua (mungkin berbangsa cina) sepanjang perjalanan itu.

Aku sendiri tidak tahu kenapa kulitnya yang bersentuhan dengan lengan bajuku terasa agak miang. Aku cuba untuk mengawal perasaan supaya tidak menyakiti hati pak cik tersebut. Aku cuba bersabar supaya tidak menangis, walapun sebenarnya aku hampir-hampir menangis menahan miang di lenganku. Heheheh....


Bas pertama yang kami naiki sebelum sampai ke Dieng Plateu ini sangatlah mencabar. Sepanjang perjalanan, nyawa kami seolah-olah telur di hujung tanduk kerana pemandu bas ini memandu bas secara amat laju dan berbahaya. 





Namun, disaat kami merasakan debaran seperti akan mengalami kemalangan, setiap kali juga perasaan itu meleset. Kecekapan pemandu bas ini berada pada tahap yang sangat tinggi.

Walaupun bas dibawa secara laju dalam keadaan yang berbahaya dan dipenuhi para penumpang, perjalanan kami masih selamat sehinggalah sampai di satu pekan dimana kami perlu menukar menaiki sebuah lagi bas yang akan membawa kami terus ke Dieng Plateu. Bermakna, untuk sampai ke Dieng Plateu, anda perlulah menukar bas sebanyak 2 kali dari Terminal Bulupitu

Pukul 10.30 pagi, kami tiba di destinasi perjalanan kami iaitu Dieng Plateu.
Sebelum jalan-jalan, cari makanan dulu


Selepas Check In di Homestay Flamboyan, kami terus keluar jalan-jalan




Kawasan pintu masuk sebelum ke Candi Arjuna



Candi Arjuna yang indah berlatar belakang bukit bukau




Teletubbies






Awan gelap tapi tak hujan. Cuaca dingin menyamankan







Tanaman penduduk kampung


Dieng Plateu adalah sebuah tempat pelancongan dataran tanah tinggi di Jawa Tengah yang termasuk di Wilayah Kabupaten Banjarnegara dan Kabupaten Wonosobo. Kesejukan tanah tinggi di Dieng Plateu adalah sekitar 12- 20°C.




Sepanjang perjalanan menaiki bas untuk ke Tanah Tinggi Dieng ini, mata dijamu dengan keindahan bukit bukau menghijau yang ditanami pokok teh dan puncak bukit yang disapa lembut oleh awan putih yang menyentuhi puncak bukit di sini. 


Semasa di sini, kami sempat singgah di base camp para pendaki Gunung Prau. Mulanya, kami diajak oleh pemandu pelancong tempatan untuk sama-sama mendaki ke puncak Prau dan menikmati keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Prau. 

Namun, niat kami ke Lembah Dieng bukanlah untuk mendaki sebaliknya hanya ingin menikmati kawasan sekitar dan melawat beberapa candi peninggalan sejarah yang terdapat di sini.

Selepas check in Homestay Flamboyan lebih kurang pada pukul 11 pagi , kami berehat seketika sahaja sebelum keluar menikmati kesejukan dan keindahan di kawasan ini dan melawat tempat-tempat bersejarah iaitu candi-candi seperti Candi Arjuna dan kawasan kawah bergas iaitu Kawah Sikidang. Kami terpaksa melakukan lawatan ini seawal yang boleh walaupun dalam keadaan penat kerana kami merancang untuk check-out hotel sebelum waktu tengah hari pada keesokan harinya. 

Untuk melawat Kawah Sikidang, anda bolehlah berjalan kaki sahaja kerana ia terletak tidak jauh dari Candi Arjuna. Lebih berbaloi jika berjalan kaki kerana anda boleh mengambil gambar-gambar yang sangat cantik dan menarik sepanjang perjalanan. 

Pemandangan dalam perjalanan kaki ke Kawah Sikidang


Kelihatan asap dari gas yang dikeluarkan

Kawah Sikidang. Terdapat bau gas yang kuat di sini. Anda perlu pakai surgical mask untuk keselesaan





Bergambar di Kawah Sikidang. Gemuk sikit masa ni. Haha!




Kesejukan di sini masih tetap dirasai walaupun pada waktu tengah hari. Kami mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk melihat kawasan sekitar.

Lepas penat jalan, aku dan kembar singgah makan di gerai ni


Pada waktu malam, kami keluar berjalan-jalan seketika untuk menikmati kesejukan malam dan mencari makanan untuk alas perut sebelum tidur. Namun, suasana di sini tidaklah semeriah seperti di bandar-bandar utama pada waktu malama kerana. Rata-rata para peniaga akan menutup kedai pada waktu malam. Tidak banyak kedai makanan yang dibuka pada waktu malam.  Hampir tidak ada gerai makanan yang buka.



Ada satu perkara menarik di Homestay Flamboyan tempat penginapan kami ini. Pemanas air di bilik mandi yang disediakan tidak menggunakan pemanas air elektrik sebaliknya pemanas air  di sini menggunakan punca pemanas dari gas memasak! Jadi, semasa mandi, anda akan dapat menghidu bau gas dari pemanas air yang direka cipta seakan-akan pemanas air biasa dibilik mandi hotel!


Laman Web Homestay Flamboyan Dieng

http://www.flamboyandieng.com/



By