Jam 2.45 pagi. Esok pagi dah nak kena balik ke KL. Walaupun hanya beberapa jam akan meninggalkan bumi Perlis, hati dah mula merasa rindu akan bumi kayangan ini

Seminggu pengembaraan di bumi Indera Kayangan, Perlis. Jejak berakhir dengan selamatnya pada  
9 November 2013 jam 3.11 petang di simpang 3 berhampiran Bukit Keteri



Pengembaraan yang indah, mencabar dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Mencabar kerana banyak kesukaran terpaksa dihadapi disebabkan pengembaraan ini dilakukan sepenuhnya menggunakan perkhidmatan kenderaan awam seperti bus dan teksi. Telah juga terpaksa berjalan kaki sejauh 6 km disebabkan kesukaran mendapatkan kenderaan awam dan tersesat! Perghhhhh.....................! 

Muka pun dah hangus teruk kena sunburn.  Dengan keluasan negeri hanya 810 km persegi, sepatutnya perjalanan di Perlis hanyalah mengambil masa kurang drp 3 hari. 

Tapi pengembaraan ini telah berlanjutan selama 6 hari bermula 3-9 November 2013 disebabkan tiada kenderaan sendiri.

Memang mencabar. Terkadang menguji kesabaran. Tapi bila dah berjaya sampai tempat yang dicari, kepayahan yg dilalui itu hilang bagai angin lembut yg menyapa. 

Apapun, kalau tak kerana filem pendek Pasport Ekspres, mungkin aku takkan pernah terlintas nak menjejakkan kaki ke bumi Perlis. Bermula dari filem pendek arahan pengarah muda Rewan Ishak inilah, yang merupakan anak jati negeri Perlis sendiri, menjadikan aku berinspirasi utk datang ke bumi Perlis buat kali pertamanya dlm hidup. Huhu..pertama kali setelah 29 tahun dibesarkan.






Siri escapism ini akan aku ceritakan dalam blog ini utk dijadikan kenangan. Kenangan yang indah dan benda yg kita kena ingat, kita kena simpan sampai bila-bila.

Seperti lirik lagu Ahmad Jais - Hidup Bukan Untuk Derita dalam filem ini 

" Hidup kita bukan untuk derita , Juga derita tidak selamanya....."


- akan bersambung -

By